ANUGERAH SUKAN SINGAPURA

'Hadiah' awal bagi atlit muda

DUA atlit muda negara - jaguh silat Muhammad Nur Alfian Juma'en dan perenang berbakat Nur Marina Chan Alif Abdullah - mendapat 'hadiah' awal sempena sambutan jubli emas negara ini apabila menyertai senarai pemenang di majlis Anugerah Sukan Singapura yang berlangsung di Hotel Marina Mandarin malam tadi.

Alfian, satu-satunya pendekar negara yang memenangi pingat emas di Sukan SEA Singapura pada Jun lalu, serta Marina - sebahagian daripada skuad renang 4x100 relay yang turut menang emas - merupakan antara 19 atlit muda dipilih bagi Anugerah Kepujian (Individu) yang disampaikan di majlis gilang-gemilang bagi mengiktiraf pencapaian atlit terbaik negara ini sepanjang tahun lalu.

Waktu Solat

Subuh
5:30
Syuruk
6:48
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:53
Isyak
8:02
3 HR PSI: 33
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.