Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Hafiz Abu Sujad tekad lebih banyak masa beraksi

Jun 29, 2019 | 05:30 AM



BELIAU dikenali sebagai pemain serba boleh yang mampu beraksi di pelbagai posisi buat pasukannya.



Namun, walaupun dengan bakatnya, pemain baru Hougang United, Hafiz Abu Sujad, mendapati peluang beraksi dalam Liga Perdana Singapura (SPL) terhad.



Namun pemain berusia 28 tahun itu bertekad merubah nasibnya dengan berlatih dan bekerja dengan lebih kuat lagi apabila diberi kesempatan beraksi.



"Ya betul ia sukar bagi saya mendapat peluang beraksi dalam barisan kesebelasan pertama. Saya sertai Hougang untuk mendapatkan lebih banyak masa beraksi, jadi sebab itu pada mulanya sukar bagi saya.



"Semangat dan keyakinan saya terjejas dan apabila anda tidak beraksi dengan begitu kerap, persembahan dan kemahiran anda akan mula berkarat," tegas Hafiz yang juga menyatakan peraturan baru membenarkan pemain bawah 23 tahun (U23) beraksi dalam kesebelasan pertama juga memainkan peranan.



"Namun sekarang saya diberi peluang mendapatkan waktu bermain dan apabila saya mendapat peluang itu, sama ada dari bangku simpanan atau apabila saya mulakan perlawanan, saya sentiasa akan beri yang terbaik. Itulah yang penting sekarang."



Pemain antarabangsa Singapura itu telah berpindah ke Hougang dari Tampines Rovers sebelum musim bermula bagi membantu memperkukuh barisan pemain The Cheetahs itu.



Menurutnya, keputusan itu dibuat kerana beliau mahu mendapat peluang beraksi agar dapat kembali ke skuad Singa.



Hafiz yang mampu bermain di benteng mahupun barisan serangan, namun lebih gemar membuat larian dari bahagian sayap, mempunyai pengalaman beraksi bagi kelab dari rantau ini.



Meskipun begitu, beliau mengalami kekecewaan apabila hanya ditampilkan tujuh perlawanan bersama kelab Thailand, Big Bang Chula United, pada musim 2017 sebelum kelab itu dibubarkan.



Selain itu, Hafiz juga pernah menandatangani kontrak setahun dengan JDT II yang bermain dalam Liga Perdana Malaysia.



Baginya, pengalaman itu membawa bersama kenangan pahit dan manis. Beliau berkata:



"Secara jujur, kerjaya bola sepak saya di luar negara bukanlah yang terbaik, tetapi saya masih dapat belajar beberapa perkara daripada pengalaman itu.



"Antaranya anda perlu lebih berdisiplin di dalam dan di luar padang dan anda juga harus memberi yang terbaik pada setiap latihan dan perlawanan.



"Anda tidak mampu mensia-siakan peluang beraksi dalam kesebelasan pertama kerana terdapat pemain yang mampu gantikan tempat anda pada bila-bila masa sahaja jika persembahan anda merosot.



"Ini lebih teruk jika anda pemain import... anda perlu menjadi lebih baik daripada pemain tempatan."



Dengan menjaringkan gol pertamanya musim ini sewaktu kekalahan 3-2 kepada Warriors FC bulan lalu, Hafiz mahu terus meningkatkan persembahannya dan membantu Hougang dalam perjuangan mereka mencapai trofi liga.



"Secara peribadi, saya mahu dapatkan lebih banyak masa beraksi, menyumbang dalam meraih kemenangan untuk Hougang serta mencapai sasaran kami.



"Selain itu saya juga berharap suatu hari nanti saya dapat menyarung jersi negara semula," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >