Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG PIALA AFF SUZUKI

Hafiz diuji positif Covid-19; tempat dalam skuad Singa jadi tanda tanya

Nov 23, 2021 | 05:30 AM



PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) akan terus mengawasi keadaan pemain sayap nasional Hafiz Nor (gambar kiri) yang diuji positif Covid-19 pada minggu lalu.



Pemain sayap berusia 33 tahun itu diuji positif melalui ujian reaksi rantaian polimerase (PCR) pada Jumaat lalu, mencetus keprihatinan tentang tempatnya dalam pasukan nasional menjelang Piala AFF Suzuki yang bermula pada 5 Disember ini.



Beliau adalah pemain nasional kedua dijangkiti Covid-19, selepas kapten Hariss Harun, yang juga rakan sepasukan di kelab Lions City Sailors, didapati positif pada awal bulan lalu.



Kededua pemain tidak menyertai pasukan nasional dalam kem latihan dari 8-17 November di Dubai baru-baru ini.



Dalam kenyataannya pada 11 November, FAS berkata Hafiz tidak menyertai pasukan selepas beliau dikenakan amaran risiko kesihatan kerana seorang anggota isi rumah dijangkiti Covid-19 dan sedang menjalani perintah pengasingan.



Dalam kenyataan susulan pada Jumaat lalu, FAS berkata Hafiz akan terus mengasingkan diri dan ia akan terus memantau keadaan pemain itu.



Hafiz telah menjadi pemain tetap dalam skuad nasional sejak jurulatih Tatsuma Yoshida menyertai pasukan pada Mei 2019.



Beliau menjaringkan gol kemenangan ke atas Yaman dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia di Bahrain pada November 2019.



Itu adalah gol tunggal yang dijaringkannya dalam lapan perlawanan antarabangsa bersama Singa.



Dalam pada itu, Hariss telah dibenarkan menyertai semula latihan pasukan nasional selepas menjalani ujian lanjut untuk memastikan kesihatannya. Beliau telah diuji positif bagi Covid-19 pada 3 November.



FAS berkata ia akan "terus mengambil semua langkah wajar untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pasukan nasional diutamakan."



Pasukan nasional akan beraksi dalam Kumpulan A dalam Piala AFF Suzuki yang akan diadakan di tanah air sendiri. Mereka akan bertemu Myanmar pada hari pembukaan pada 5 Disember di Stadium Negara, sebelum menentang Filipina (8 Disember), Timor Leste (14 Disember) dan Thailand (18 Disember).



Meskipun butiran mengenai penjualan tiket belum diberitahu, FAS berkata penyokong yang berminat menyaksikan perlawanan di Stadium Negara boleh mula mendaftar di laman webnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >