Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Hak penyiaran EPL di Amerika Syarikat dijangka pecah rekod

Nov 17, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Liga Perdana England (EPL) kian hampir kepada perjanjian hak penyiaran televisyen di Amerika Syarikat yang dijangka memecah rekod.



Pusingan bidaan bagi hak penyiaran tersebut, yang dimiliki NBC sejak 2013, dijadual ditutup pada 18 November ini.



Perjanjian enam musim dengan EPL itu - antara 2022 dengan 2028 - boleh bertambah sehingga £1.49 bilion ($2.71 bilion), dengan NBC, CBS dan ESPN bersaing untuk merebut hak penyiaran, lapor BBC.



Ia dijangka menggandakan nilai perjanjian antara EPL dengan NBC pada masa ini dan memperkukuh strategi EPL untuk menjual hak penyiaran televisyen bagi perlawanan liga itu, dengan nilai hak itu terus melonjak.



Pada Mei lalu, EPL mengumumkan ia telah melanjutkan perjanjian hak penyiaran domestik tiga tahun dengan Sky Sports, BT Sport, Amazon Prime dan BBC Sport, bernilai £4.7 bilion, sehingga 2025.



Pada masa itu, langkah tersebut dilihat sebagai permulaan kemerosotan pendapatan EPL dari hak penyiaran televisyen.



Namun, difahami, langkah itu adalah untuk menstabilkan keadaan domestik di tengah-tengah pandemik, dengan EPL juga sedang dalam proses membatalkan kontrak di China yang bernilai £500 juta.



Kestabilan di pasaran domestik ini membolehkan EPL menembusi pasaran luar negeri dengan lebih yakin dan ia telah berbuat demikian di Amerika.



Tarikan EPL, yang menawarkan siaran bola sepak pada masa yang tidak bersaing dengan acara sukan lain yang digemari ramai di Amerika, seperti bola keranjang dan bola lisut, dianggap terlalu kuat untuk diketepikan oleh syarikat penyiaran utama di Amerika.



Sebarang perjanjian di Amerika dijangka boleh menambah pendapatan EPL dari televisyen antara 2022-25 kepada £10 bilion buat julung-julung kali dalam sejarahnya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >