Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Hamilton disahkan juara F1 Italy

Sep 07, 2015 | 11:29 AM



MONZA (Italy):  Kemenangan Lewis Hamilton dalam Grand Prix Italy pada Ahad (6 Sep), dan kelebihan 53 matanya dalam perlumbaan menjadi pemandu Formula Satu terbaik dunia, telah disahkan selepas perbincangan pengawas. 


Juara dunia sebanyak dua kali itu menghadapi kemungkinan kemenangannya dibatalkan disebabkan masalah teknikal bahawa tekanan tayar kereta pasukan  Mercedesnya  terlalu rendah dan  melanggar peraturan.


Bagaimanapun dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hampir tiga jam selepas perlumbaan, pengawas berkata mereka telah menentukan tekanan dalam tayar berkenaan ialah di paras minimum yang disyorkan Pirelli bagi permulaan perlumbaan. 


Sedang pesaing terdekat yang juga rakan sepasukannya di Mercedes, Nico Rosberg, menarik diri akibat kerosakan enjin sedang perlumbaan tinggal dua pusingan, Hamilton mengambil kesempatan untuk memecut terus dan menang.  


Hamilton mendahului dari kedudukan petak ke garisan penamat.


Kelebihan matanya, dengan baki tujuh perlumbaan, bermula dengan Grand Prix Singapura pada 18-20 September, menjadikan Hamilton pilihan utama untuk mempertahan mahkotanya, dan merebut kejuaraan dunia ketiganya.


Beliau menang dengan masa 1 jam 18 minit 00.688 saat - 25.042 saat di depan Sebatian Vettel daripada Ferrari.


Bekas wira tempatan Felipe Massa di tempat ketiga bagi pasukan Williams, 0.3 saat didepan rakan sepasukannya, Valtteri Bottas, sementara Kimi Raikkonen, yang bermula di petak depan dengan Hamilton, mengemudi Ferrari di tempat kelima. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >