SUZUKA (Japan): Lewis Hamilton memenangi perlumbaan kereta Formula Satu Grand Prix Jepun pada Ahad (27 Sep).
Ia kemenangan ke-41 dalam kerjaya pemandu Mercedes itu, membolehkan beliau menyamai rekod idola zaman kanak-kanaknya, mendiang Ayrton Senna.
Kemenangan itu memberi kelegaan besar kepada pelumba Britain itu, yang gagal menamatkan perlumbaan F1 Grand Prix Singapura Singapore Airlines di Marina Bay Ahad lalu.
Ia juga membolehkan Hamilton meluaskan kepada 48 mata jurang beliau dengan pencabar terdekatnya, rakan sepasukannya Nico Rosberg, yang menduduki tempat kedua dalam F1 Jepun.
Hamilton kini mempunyai 277 mata, sementara Rosberg 229.
Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel, pemenang di Singapura, di tempat ketiga dengan 218 mata.
Terdapat lima lagi perlumbaan tahun ini. - Agensi