Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Hamilton juara F1 Russia

Oct 12, 2015 | 10:56 AM



SOCHI (Russia): Harapan Nico Rosberg menjuarai Formula Satu musim ini mengalami satu lagi tamparan hebat pada Ahad (11 Okt) apabila beliau terpaksa berundur daripada Grand Prix Russia selepas mendahului dari petak pertama.


Pemandu Jerman pasukan Mercedes itu, yang memulakan perlumbaan 48 mata di belakang juara dunia dua kali Lewis Hamilton dengan baki 100 mata untuk dimenangi selepas Sochi, mengadu pendikit pedal keretanya patah.


Hamilton, yang memulakan perlumbaan di petak kedua, mara untuk mengecapi kemenangan kesembilannya musim ini.


Pemandu Ferrari Sebastian Vettel, juga dari Jerman, menduduki tempat kedua sementara Sergio Perez, pemandu Force India dari Russia, di tempat ketiga.


Dengan ini, Hamilton, juga daripada Mercedes, mendahului Vettel 66 mata dalam perlumbaan menjadi pemandu juara Formula Satu musim ini.


Beliau kini 73 mata di depan rakan Rosberg, dan dijangka mendapatkan gelaran juara dunia ketiganya di Texas, Amerika Syarikat, dalam masa dua minggu lagi. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >