Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:29
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Sukan0

Hamilton juarai F1 Britain kali keempat

Jul 11, 2016 | 07:43 AM

SILVERSTONE (Britain): Juara dunia Formula Satu Lewis Hamilton menjadi pemandu pertama memenangi hatrik Grand Prix Britain berturut-turut pada Ahad (10 Jul) apabila beliau menamatkan perlumbaan 6.9 saat di depan rakan sepasukannya daripada Mercedes, Nico Rosberg.

Hamilton juga menyamakan rekod Nigel Mansell memenangi empat F1 Britain sambil mengurangkan jurang dengan pendahulu kejuaraan Rosberg kepada hanya empat mata daripada 43 selepas lima perlumbaan pertama musim ini.

Sejurus sebelum menamatkan perlumbaan, Rosberg diberi memberi amaran bahawa beliau di bawah siasatan kerana menerima arahan daripada radio pasukannya.

Pemandu Jerman itu nampaknya diperlahankan oleh masalah kotak gear lima pusingan sebelum tamat.

Beliau melintasi garisan penamat dengan tanda tanya ke atas keputusan itu kerana Mercedes seolah-olah melanggar peraturan berhubung nasihat radio sebab memberinya terlalu banyak maklumat tentang cara menyelesaikan masalah itu.

Berita Popular

Keputusan: 1. Lewis Hamilton (Britain), Mercedes; 2. Nico Rosberg (Jerman) Mercedes; 3. Max Verstappen (Belanda) Red Bull; 4. Daniel Ricciardo (Austria) Red Bull; 5. Kimi Raikkonen (Finland) Ferrari; 6. Sergio Perez (Mexico) Force India; 7. Nico Hulkenberg (Jerman) Force India; 8. Carlos Sainz Jr (Sepanypl) Toro Rosso; 9. Sebastian Vettel (Jerman) Ferrari; 10. Daniil Kvyat (Russia) Toro Rosso.

Kedudukan pemandu: 1. Rosberg 171 mata; 2. Hamilton 167; 3. Raikkonen 106; 4. Ricciardo 100; 5. Vettel 98.

Kedudukan pembina kereta: 1. Mercedes 338 mata; 2. Ferrari 204; 3. Red Bull 195; 4. Williams 92; 5. Force India 73. - Reuters

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map