SAO PAULO (Brazil): Lewis Hamilton mengatasi beberapa kecelakaan di litar dan hujan yang tidak henti-henti untuk memaksa juara Formula Satu (F1) tahun ini diputuskan di Abu Dhabi apabila beliau menjuarai Grand Prix Brazil kelmarin.
Juara dunia tiga kali itu mempamerkan kehebatan dan kemahirannya dengan memandu dalam keadaan berbahaya di Litar Interlagos bagi melewati garis penamat di hadapan rakan sepasukan dari Mercedes dan pendahulu senarai kejohanan pemandu, Nico Rosberg.