FORMULA SATU
Hamilton rapati jurang jadi satu mata sahaja bawah Rosberg
Rosberg turut terima penalti 10 saat setelah pegawai dapati pasukan langgar peraturan radio
Jul 12, 2016 | 05:30 AM
SILVERSTONE (England): Lewis Hamilton menjuarai Grand Prix Britain buat kali ketiga berturut-turut kelmarin. Pada masa yang sama, beliau telah merapatkan jurang mata dengan rakan sepasukan di Mercedes, Nico Rosberg, kepada satu sahaja.
Juara Formula Satu dunia sebanyak tiga kali itu meraikan kemenangannya bersama 130,000 penonton semasa beliau menjulang piala juara di Silverstone buat kali keempat dalam kerjayanya.