Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU

Hamilton 'suram' jelang perlumbaan Monaco

May 24, 2019 | 05:30 AM



MONACO: Kurang 48 jam selepas kematian legenda, Niki Lauda, pelumba Mercedes Lewis Hamilton mengharungi sesi ujian bebas Grand Prix Formula Satu Monaco, hari ini dengan suasana suram bagi memburu kemenangan ketiganya di perlumbaan klasik litar jalanan Mediterranean itu.



Lauda, yang juga Pengerusi Bukan Eksekutif Mercedes dan telah memainkan peranan penting dalam perubahan kerjaya Hamilton, dengan memujuknya menyertai pasukan itu dari McLaren, meninggal dunia kelmarin.



"Sahabat saya, saya bergelut untuk mempercayai yang kamu sudah tiada," kata Hamilton dalam laman sosialnya, kelmarin. "Saya akan merindui perbualan kami, gelak tawa kami, pelukan yang besar selepas memenangi perlumbaan bersama."



Hamilton, yang memenangi empat daripada lima gelaran dunia di Mercedes, berkata: "Benar-benar satu penghormatan untuk bekerja bersama anda sejak tujuh tahun lalu. Saya tidak akan berada di pasukan ini jika bukan kerana anda."



Kematian Lauda, yang sudah lama berjuang dengan masalah kesihatan, pasti merencatkan sedikit suasana pesta di Monaco yang terkenal dengan parti glamor, bot-bot mewah, kehadiran selebriti ketika penaja-penaja utama cuba mendapatkan tumpuan dan perjanjian.



Sekalipun Hamilton kini bergelar juara dunia sebanyak lima kali, jaguh Britain itu hanya menang dua kali di Monaco - 2008 dan 2016 - dan berharap kemenangan dapat dicapai tahun ini sebagai penghormatan kepada Lauda yang juga juara dunia tiga kali.



"Ia perlumbaan yang jarang saya menang dan saya bergelut setiap tahun," kata Hamilton. "Saya pantas di sini, tetapi ia amat sukar. Jadi saya meletakkan sasaran tahun ini kerana ia adalah litar yang hebat untuk dimenangi."



Mengakui pasukan sudah memahami dengan baik kemampuan jentera yang akan memberikan Mercedes kelebihan tahun ini, kenyataan Hamilton itu turut dipersetujui rakan sepasukannya, Valtteri Bottas.



"Ia litar yang unik... anda memerlukan kereta yang benar-benar istimewa untuk mengendalikannya secara mekanikal, dengan semua selekoh dan bonggol dan segala-galanya," kata Bottas. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >