Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU

Hamilton tunggu siasatan sebelum kembali beraksi

Jan 14, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Lewis Hamilton tidak akan memutuskan sama ada beliau akan kembali berlumba dalam Formula Satu (F1) musim depan sehingga beliau melihat hasil siasatan ke atas insiden yang berlaku di perlumbaan terakhir musim lalu di Grand Prix Abu Dhabi.



Toto Wolff, bos pasukan Mercedes yang dianggotai Hamilton, berkata bintangnya itu amat kecewa di atas apa yang berlaku dalam perlumbaan penutup tirai itu yang dianggapnya merampas kejuaraan dunia daripada tangannya.



Kejuaraan dunia dan rekod kemenangan yang diidamkan Hamilton tidak menjadi miliknya kerana perlumbaan itu dimenangi Max Verstappen selepas pengarah perlumbaan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) Michael Masi tidak melaksanakan peraturan perlumbaan sewajarnya di hujung perlumbaan terakhir itu.



Difahami, perbuatan Masi itu telah membuat Hamilton hilang keyakinan terhadap FIA.



Namun, Hamilton enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut dalam wawancara dengan BBC baru-baru ini.



BBC melaporkan Hamilton dan Mercedes berpendirian sama mengenai perkara itu dan sedang menanti tindakan lanjut FIA untuk menangani isu yang timbul.



Buat masa ini, FIA telah melancarkan siasatan ke atas kejadian di litar Yas Marina itu dan ia sedar tentang pendirian Hamilton dan tugas yang mencabar untuk memujuk Hamilton kembali beraksi pada musim depan.



Presiden baru di FIA, Mohammed Ben Sulayem, berkata beliau telah menghubungi Hamilton sejak dilantik ke jawatan itu lima hari selepas Grand Prix Abu Dhabi.



"Saya tidak menjangka beliau 100 peratus bersedia untuk memberi respons pada masa ini," kata Ben Sulayem.



"Kami tidak mempersalahkan beliau dan memahami pendiriannya."



Dalam laporan BBC baru-baru ini, beberapa pegawai kanan F1 telah mencetus keprihatinan mengenai kewibawaan perlumbaan kereta glamor itu yang kini dianggap 'tercemar' selepas insiden di Abu Dhabi itu.



Sebulan selepas perlumbaan itu, FIA masih berkata ia belum lagi bersedia menjawab sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut.



Ini selepas ia mengeluarkan kenyataan pada bulan lalu yang mengatakan bahawa imejnya terjejas akibat perlumbaan di Abu Dhabi itu dan ada salah tanggapan besar dalam kalangan pasukan F1, pemandu dan penonton.



Ia berkata akan memberi jawapan sebelum musim 2022 bermula.



Mengikut jadual terkini, perlumbaan pembukaan musim 2022 adalah di Grand Prix Bahrain yang dijangka diadakan pada 18-20 Mac.



Ada dua perlumbaan ujian pramusim sebelum itu yang dijadualkan pada 23 Februari.



Masa depan kerjaya Masi di FIA juga kini menjadi tanda tanya susuli keputusannya yang penuh kontroversi di perlumbaan Abu Dhabi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >