MELBOURNE: Lewis Hamilton menghabiskan musim cuti Formula Satu (F1) berpesta bersama selebriti kelas satu di seluruh dunia tetapi juara bertahan F1 itu bertegas bahawa beliau tidak akan rasa 'berkarat' apabila kembali memulakan tugas di Grand Prix Australia hujung minggu ini.
Beliau, yang menjadi pilihan jelas merangkul mahkota dunia buat kali ketiga berturut-turut, tiba di Melbourne selepas satu lawatan ke New Zealand di mana beliau menaiki helikopter bagi menikmati pemandangan kawasan resort pergunungan di Queenstown.