PEMAIN negara Derek Wong melangkah ke suku akhir badminton perseorangan lelaki selepas menang mudah ke atas pemain Cambodia, Cheng Phor Rom, 21-10, 21-7, di Stadium Tertutup Singapura semalam.
Beliau akan menentang juara bertahan dari Thailand, Tanongsak Saemsomboonsuk, yang mengetepikan pemain Laos, Meksavang Phommaly, 21-11, 21-7.