Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ATLIT TUMPUAN – ADAM SWANDI

Harap diberi peluang bagi ketengah kekuatan dalam Piala AFF Suzuki

Oct 15, 2018 | 05:30 AM



BELIAU pernah menepis desas-desus mengenai pemain setempat yang menjulang kejuaraan Liga Perdana Singapura (SPL) bersama pasukan Jepun, Albirex Niigata, hanya sebagai wakil.



Bagi Adam Swandi, antara dua pemain setempat yang bermain bagi pasukan tersebut, beliau ternyata membuktikan sebaliknya setelah diberi kepercayaan bermain dalam kesebelasan utama oleh ketua jurulatih Kazuaki Yoshinaga bagi musim SPL tahun ini - sepanjang 24 perlawanan, beliau diturunkan dan bermain dalam 20 perlawanan.



Jentera serangan bagi pasukan yang juga dikenali sebagai Angsa Putih itu berkata:



"Saya tidak menjangkakan diberi peluang bermain secara kerap tetapi jurulatih memberi saya kepercayaan dan saya membalasnya dengan memberikan segalanya di atas padang."



Dalam wawancara menerusi telefon, Adam, yang kini memberi tumpuan kepada latihan bersama skuad Singa dan berjaya menjaringkan tiga gol dalam musim SPL ini, mengulas mengenai musim yang cemerlang bagi Angsa Putih yang belum pernah kalah dalam kesemua perlawanannya.



Menurutnya, beliau amat gembira dapat menyumbang kepada pasukan Albirex bagi mengekalkan takhta kejuaraan sebelum tamat musim SPL dan status tidak pernah kalah.



Dengan nada yang penuh lembut, jejaka berusia 22 tahun itu berkata:



"Musim SPL kali ini amat baik, memandangkan kami belum pernah dikalahkan dan kami dapat mengekalkan status kejuaraan.



"Ini juga merupakan kemenangan pingat kejuaraan pertama saya dalam SPL namun itu semua sudah berlalu dan tumpuan kini ialah bagaimana meningkatkan lagi mutu permainan," jelas Adam.



Di samping itu, Adam juga berkata pengalaman berlatih dan bermain bersama kelab asing membuka matanya terhadap komitmen dan kejituan pemain Jepun terhadap bola sepak.



Ini setelah mereka "dahagakan peluang bermain" dan berlatih sendiri di luar masa latihan bagi "menyakinkan jurulatih supaya mereka dipilih" bermain.



"Daripada pengamatan saya, berbeza daripada pemain setempat dengan mereka juga mempunyai komitmen di luar padang, tumpuan dan komitmen pemain dan kakitangan jurulatih Albirex hanya satu - bola sepak.



"Sedangkan daripada segi latihan pun, hampir semua aspek, daripada sudut kecergasan dan teknikal, menggunakan bola kerana falsafah bola sepak yang diterapkan," tambah Adam.



Lantaran itu, beliau ingin memperhalusi dirinya menerusi pengalaman yang diraih bagi menyakinkan jurulatih skuad Singa, Fandi Ahmad, agar beliau dipilih bagi kejohanan Piala AFF Suzuki November ini.



Ketua jurulatih Albirex Yoshinaga juga menyifatkan Adam sebagai "pemain yang mempunyai kecergasan yang bagus" dan mampu berlari bagi "mengucar-ngacirkan pihak lawan sepanjang perlawanan".



Adam berkata:



"Saya harap saya diberi peluang bermain bagi mengetengahkan kekuatan saya dalam Piala AFF Suzuki kelak.



"Walaupun demikian, bagi disenarai dalam skuad kebangsaan untuk perlawanan persahabatan menentang Mongolia juga sudah menjadi satu pencapaian bagi saya."



Dalam pada itu, beliau turut berasa optimis terhadap peluang bermain di Jepun bersama skuad utama Albirex dalam Liga J2, memandangkan beliau diberi percubaan berlatih bersama pasukan tersebut September lalu.



"Keputusan akan diketahui November ini jadi saya hanya mengharapkan yang terbaik," jelas Adam dengan nada penuh yakin.



  • Muhaimin Suzaini ialah penulis sambilan.


"Saya harap saya diberi peluang bermain bagi mengetengahkan kekuatan saya dalam Piala AFF Suzuki kelak.

Walaupun demikian, bagi disenarai dalam skuad kebangsaan untuk perlawanan persahabatan menentang Mongolia juga sudah menjadi satu pencapaian bagi saya."

- Adam Swandi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >