Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Harapan Chelsea kejar Man City kian pudar

Kelab pimpinan Tuchel cicir lagi dua mata selepas sekadar seri dengan Brighton; kini 12 mata di belakang pendahulu liga
Jan 20, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Harapan Chelsea untuk terus bersaing dengan Manchester City dan Liverpool bagi trofi Liga Perdana England (EPL) kian tipis selepas ia diikat seri 1-1 oleh Brighton di stadium lawan dinihari semalam.



Pasukan pimpinan Thomas Tuchel itu mendahului perlawanan melalui jaringan Hakim Ziyech pada separuh masa pertama, tetapi gagal mengawal rentak permainan dan akhirnya Brighton berjaya menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.



Satu mata yang diraih daripada perlawanan ini mungkin tidak banyak membantu Chelsea yang kini ketinggalan 12 mata di belakang City walaupun telah beraksi lebih satu perlawanan.



Ia juga ketinggalan satu mata di belakang Liverpool - di tempat kedua - dengan kelab Merseyside itu mempunyai dua perlawanan dalam tangan.



Malah, beberapa pemerhati bola sepak berkata Chelsea bertuah tidak mengalami kekalahan selepas Brighton - di bawah kepimpinan Graham Potter - menguasai sebahagian besar permainan dan melanjutkan rekod tanpa kalah kepada enam perlawanan dalam semua pertandingan.



Dalam tempoh 21 hari lalu, kelab bergelar The Blues itu telah melihat persaingannya untuk merebut kejuaraan liga musnah.



Ia beraksi tujuh kali dalam semua pertandingan dalam tempoh itu, dan hanya mengutip tiga mata daripada 12 mata yang ditawarkan.



Bercakap kepada wartawan di akhir perlawanan, Tuchel berkata pemain-pemainnya penat secara fizikal dan mental dengan masalah kecederaan yang ditanggung telah memburukkan keadaan.



Hujah beliau itu menunjukkan Chelsea, yang dianggap antara kelab terkaya yang mempunyai skuad antara yang terbesar dalam EPL juga tidak 'kebal' dan boleh mengalami kesusahan, kata BBC dalam laporannya.



"Kami tampak penat... dan ini jelas ketara apabila kita beraksi menentang pasukan yang kuat dan amat bersedia seperti Brighton," kata Tuchel.



"Anda hanya perlu melihat jadual perlawanan kami dan bukanlah satu perkara sukar untuk melihat mengapa kami keletihan... ia membuat kami hilang tumpuan dan arah (di padang permainan).



"Saya sendiri berasa penat dan inilah keadaannya sejak November lalu. Pasukan kami bermain tanpa henti dan pada detik ini, kami perlu berehat untuk pulih dan mengalihkan tumpuan kepada perlawanan yang akan datang," ujar Tuchel lagi, yang telah memberi pasukannya tempoh rehat dua hari.



Ini menjelang dua perlawanan di Stamford Bridge di mana ia akan bertemu Tottenham Hotspur pada hujung minggu ini, perlawanan yang ke-21 sejak November.



Menyusuli itu, liga berehat bagi tempoh perlawanan antarabangsa.



"Kami akan menggunakan satu minggu semasa tempoh perlawanan antarabangsa ini untuk memberi pemain kami peluang untuk berehat," kata Tuchel.



Bekas pemain nasional bagi pasukan wanita England, Karen Carney, yang kini menjadi juruanalisis bola sepak dengan BBC, berkata Chelsea telah menjadi mangsa keadaan dan kecederaan.



Pandemik Covid-19 yang menyebabkan beberapa pemain tidak beraksi juga menjadi penyumbang, kata beliau. - Agensi berita.




"Kami tampak penat... dan ini jelas ketara apabila kita beraksi menentang pasukan yang kuat dan amat bersedia seperti Brighton. Anda hanya perlu melihat jadual perlawanan kami dan bukanlah satu perkara sukar untuk melihat mengapa kami keletihan... ia membuat kami hilang tumpuan dan arah (di padang permainan). Saya sendiri berasa penat dan inilah keadaannya sejak November lalu. Pasukan kami bermain tanpa henti dan pada detik ini, kami perlu berehat untuk pulih dan mengalihkan tumpuan kepada perlawanan yang akan datang."
- Bos Chelsea, Thomas Tuchel.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >