SUKAN SEA: SILAT
Harapan dua emas musnah, Alfian wakil tunggal ke final
CEO Persisi tidak puas hati dengan kaedah penjurian, cadang buat aduan kepada Presiden Persilat
Jun 14, 2015 | 05:30 AM
HARAPAN meraih pingat emas pertama dalam acara silat hanya bergantung pada juara bertahan pesilat lelaki, Muhammad Nur Alfian Juma'en.
Dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Dewan 2 Singapore Expo semalam, nasib peserta Nur Shafiqa Sheik Alau'ddin, Nurul Suhaila Mohamed Saiful, Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin dan Sheik Farhan Sheik Alau'ddin tidak sebaik Alfian apabila mereka kecundang di tangan pihak lawan.