Harapan kelab NFL bersama penaja baru, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:12
Isyak
8:28

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

LIGA BOLA SEPAK NASIONAL

Harapan kelab NFL bersama penaja baru

Apr 02, 2019 | 05:30 AM

HARAPAN agar South Avenue Sports Club, pasukan bola sepak divisyen dua dari Liga Bola Sepak Nasional (NFL), mencipta kecemerlangan dan meraih kemenangan tahun in disimpan oleh penaja platinum mereka, Restoran Victory, sesuai dengan nama restoran tersebut.

Harapan ini turut dikongsi oleh Encik Shahri A Rahim, presiden kelab itu,yang juga bekas penjaga gol kebangsaan.

Beliau telah menetapkan matlamat agar kelabnya dapat mara ke divisyen pertama.

Matlamat itu bersama dengan kehadiran penaja menurutnya mungkin membawa tekanan kepada pemainnya tetapi bola sepak dan tekanan tidak dapat dipisahkan, katanya.

Walaupun berhadapan dengan tekanan, Encik Shahri akan pastikan pemainnya tidak akan berkelakuan tidak elok di padang ketika NFL berlangsung kerana sebelum ini NFL pernah dicemari dengan pergaduhan di padang oleh pemain kelab lain.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Kami bukan pemain profesional tetapi kami perlu berkelakuan seperti seorang profesional," katanya yang berharap pemainnya akan turut sama bersikap berdisiplin.

Sebagai amaran jika ada yang berkelakuan tidak profesional, antara tindakan yang bakal diambil ialah menggantung mereka untuk satu atau dua perlawanan.

Encik Rafi Ali, bekas pemain bola sepak Singapura yang juga ketua jurulatih kelab itu, berkata:

"Saya beritahu mereka. Jika anda seorang pemain yang bagus, orang akan tendang anda."

Ianya seperti semangat untuk bermain lebih baik dan profesional. Beliau turut gembira dengan barisan pemainnya tahun ini dan berpuas hati dengan keakraban mereka sebagai satu pasukan.

Encik Shahri berharap matlamat kelabnya akan tercapai apatah lagi dengan sokongan dari lebih penaja yang berjaya beliau dapatkan pada tahun ini.

Jika tahun lalu kelab ini hanya mempunyai satu sahaja penaja iaitu X-ten For Men dari Mylustre, tahun ini beliau mempunyai penaja platinum dan tiga penaja lain.

Sokongan mereka terhadap pasukan yang berada di divisyen dua NFL ini lahir daripada semangat dan minat dalam bola sepak dan ingin melihat bolasepak tempatan maju.

Acara pengumuman penaja dan penyertaan kelab itu dalam NFL telah dilakukan di Victory Restaurant baru-baru ini.

Bagi restoran tersebut, penajaan itu bukan saja memajukan lagi restoran yang sudah berumur lebih daripada 100 tahun itu, kata Pengarah Urusannya, Encik Abdul Rashid Abdul Rahman.

Menurutnya, ia terdorong daripada minat anak saudaranya - Encik Zubair Angillath dan Encik Gazali Edikilakath yang turut sama-sama menguruskan restoran tersebut - dalam bola sepak.

"Kita harap pada masa akan datang pemain akan menjadi lebih bagus dan Victory akan maju dengan mereka," kata Encik Abdul Rashid.

Pemilik Mylustre, Encik Osman Ali, menaja kelab itu untuk tahun kedua.

"Saya rasa ini satu macam peluang bagi Mylustre untuk memberi balik. Kita nak sokong juga. Mahu tengok pasukan Singapura sendiri dapat berkembang maju dalam bidang sukan. Contohnya dalam bidang bola sepak. Mylustere ingin menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka. Saya rasa kalau kita tidak bagi semangat atau sokongan , walaupun mula-mula ingin berjinak, susah untuk sukan berkembang. Kalau kita nak tunggu liga utama saja, nama (yang) atas saja, yang bawah-bawah ini macam mana pula? Dari segi itu saya percaya kita patut sokong dari akar umbi lagi sebelum mereka kuat.

"Kita kasi mereka peluang untuk membina kebolehan mereka. Kalau tidak kita siapa lagi?" katanya.

Kelab itu turut mendapat sokongan daripada "kawan lama" iaitu Fysio Touch Rehab in Motion.

Pengarahnya, Cik NurHafizah Abu Sujad, yang juga ketua ahli fisioterapi, yang merupakan anak kepada pemain bola sepak, arwah Abu Sujad.

"South Avenue Sports Club mempunyai sejarah yang kaya dan berlarutan hingga ke arwah ayah. Saya fikir ia salah satu cara menyumbang kembali kepada bola sepak," kata Cik NurHafizah.

Cik Siti Zaharah Sulaiman, Pengurus Pusat Edufront Learning Centre (Cawangan Pasir Ris), yang menawarkan perkhidmatan tuisyen bagi pelajar sekolah rendah dan menengah, telah mewakili pengarahnya, Encik Yang Iskandar Suratty, untuk acara itu.

"Pengarah kami ialah seorang peminat bola sepak. Dia mengikuti perkembangan kelab ini," terang Cik Siti Zaharah tentang penglibatan syarikat Edufront Learning Centre sebagai satu lagi penaja utama kelab ini tahun ini.

Penaja lain termasuk Julaiha Muslim Restaurant, SEGURO Internasional, Pacific Sports, Crown Sports dan Encik Brent Barnes.

  • Nenie seorang penulis sambilan.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map