Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

Harapan Liverpool julang empat trofi terus hidup...

May 05, 2022 | 05:30 AM

LONDON: Mohamed Salah berkata beliau dan rakan sepasukannya kini menaruh harapan memenangi empat trofi musim ini, selepas Liverpool ketinggalan dan bangkit di stadium lawan untuk menewaskan Villarreal dan melangkah ke final Liga Juara-Juara Eropah.

Kemenangan 3-2 di Stadium El Madrigal yang hingar-bingar itu dinihari semalam memberikan Liverpool kemenangan agregat 5-2, di samping mengekalkan harapan anak didik Juergen Klopp untuk menjulang empat trofi musim ini.

"Matlamat memenangi empat trofi itu kini menjadi sasaran... ia tidak begitu di awal musim, tapi keadaan telah berubah sekarang," kata penyerang sensasi Mesir itu.

"Sejujurnya, saya sentiasa memberi tumpuan pada Liga Perdana England (EPL) dan Liga Juara-Juara. Tapi pada masa ini... selepas kami menewaskan Manchester City dalam separuh akhir Piala FA, saya mula yakin kami ada peluang memenangi empat trofi.

"Saya ingin bertemu Real dalam final Liga Juara-Juara... City pasukan yang sukar dikalahkan," tambah Salah.

Liverpool memenangi separuh akhir pertama di Anfield 2-0, tetapi kelebihan dua gol itu dipadamkan dalam masa 41 minit oleh pasukan La Liga Sepanyol itu, yang dirangsang sorakan tak henti-henti penyokong fanatik mereka.

Boulaye Dia menjaringkan gol pertama bagi Villarreal dengan perlawanan baru berusia tiga minit, sebelum Francis Coquelin, yang pernah beraksi dalam jersi Arsenal, menggandakan jaringan bagi pasukan tuan rumah.

Kededua gol itu dirintis oleh Etienne Capoue, yang malangnya mengakhiri perlawanan dengan dilayang kad merah selepas menerima dua kad kuning.

Dikejutkan dengan dua gol itu, Liverpool bangkit pada separuh masa kedua untuk merampas perlawanan daripada lawan, dengan menjaringkan tiga gol dalam masa 12 minit.

Fabinho menjaringkan gol pertama pada minit ke-62 selepas penjaga gawang Geronimo Rulli tidak berdaya mengadang bola yang lolos menerusi kakinya, sebelum Luis Diaz menjaringkan gol kedua.

Diaz, yang menggantikan Diogo Jota bagi babak kedua, mengubah corak perlawanan, dan golnya itu membuka peluang bagi Sadio Mane menjaringkan gol ketiga Liverpool, yang membolehkan The Reds mara ke final Liga Juara-Juara yang ketiga dalam tempoh lima musim.

Dengan Rulli meluru keluar hingga hampir ke tengah padang, Mane menguis bola sebelum sampai ke Rulli dan menggelecek seorang pemain pertahanan sebelum meleret bola masuk ke dalam gawang yang terbuka luas.

Malah, Mane juga mencatat sejarah sebagai pemain dari Afrika yang paling banyak menjaringkan gol dalam Liga Juara-Juara, dengan 15 gol yang dijaringkannya sejauh ini.

Ini bermakna Liverpool akan menentang City atau Real di final di Stade de France di Paris pada 28 Mei nanti.

Tiada pasukan dari England pernah memenangi Liga Juara-Juara, Liga Perdana England (EPL), Piala FA dan Piala Liga dalam musim yang sama, dan Liverpool, yang telah memenangi Piala Liga, menempah tempat di final Piala FA dan masih bersaing bagi kejuaraan EPL, berpeluang berbuat demikian musim ini.

Klopp berkata:

"Perlawanan ini begitu hebat, tapi kami telah menyukarkan diri sendiri. Tapi kami sedar, perkara seperti ini boleh berlaku, dan tahu kami harus memberikan reaksi yang sebegini untuk mara lebih jauh dalam pertandingan ini. Tiada kemenangan akan datang bergolek begitu sahaja.

"Tentu sekali saya ingin tahu siapa yang akan kami temui di final nanti... kami menanti di Paris."

Jurulatih Villarreal, Unai Emery, berkata pasukannya telah beraksi dengan baik musim ini, termasuk semasa menewaskan Juventus dan Bayern Munich. Namun, ia tidak dapat mengatasi Liverpool dalam dua perlawanan separuh akhir.

"Mereka layak mara ke final, tapi kami menunjukkan kami mampu bersaing dengan mereka," kata beliau. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3