PIALA AFC BAWAH 23 TAHUN

Harapan musnah lepas Singa Muda tewas 7-0 kepada Australia

KETANGKASAN Australia di hadapan pintu gawang memusnahkan harapan skuad Bawah 22 Tahun Singapura untuk melayakkan diri ke pusingan akhir kejohanan Piala AFC Bawah 23 Tahun selepas skuad pimpinan Richard Tardy tewas 7-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan F semalam.

Benteng pertahanan Singapura gagal menampung serangan bertubi-tubi Australia sejak minit pertama dan akhirnya runtuh pada minit ketujuh. Pemain midfield Stefan Mauk gagal menyempurnakan tendangan penaltinya, namun diberi peluang menebus kegagalan tersebut bagi meletak bola dalam gawang Zharfan Rohaizad.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan