Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK TEMPATAN

Harapan skuad muda Fandi beraksi di Sukan Asia kian tipis

Jun 22, 2018 | 05:30 AM



HARAPAN pasukan bola sepak Bawah 23 Tahun Nasional untuk mendapat tempat di Sukan Asia Indonesia Ogos ini menerima tamparan besar selepas mereka tewas 0-2 kepada pasukan sebaya dari Myanmar dalam satu perlawanan persabahatan di Stadium Bishan malam kelmarin.



Perlawanan itu telah diaturkan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dalam usaha mendapatkan keputusan yang positif, sekali gus meyakinkan Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) agar menyertakan skuad muda bimbingan Fandi Ahmad ini ke temasya Sukan Asia pada 18 Ogos hingga 2 September nanti.



Bola sepak tidak dipilih dalam senarai awal SNOC seramai 246 atlit - daripada 22 cabang sukan - yang terpilih bagi Sukan Asia yang diumumkan baru-baru ini.



Di hadapan presiden SNOC, Tan Chuan-Jin, skuad Singa Muda terbukti gagal menyaingi kecemerlangan pasukan lawan yang hanya menampilkan seorang sahaja pemain daripada pasukannya yang beraksi di Piala Dunia Bawah 20 Tahun pada 2015.



Selebihnya merupakan pemain-pemain berusia 20 tahun atau lebih muda, demikian kata jurulatih Myanmar, Myo Hlaing Win.



Sebagai perbandingan, hampir separuh daripada skuad Bawah 23 Tahun Singapura itu berusia 21 tahun atau lebih muda.



Jurulatih pasukan, Fandi, akur beliau dapat melihat "perbezaan kededua pasukan".



Pasukannya itu hanya berlatih secara bersama sekali sahaja sebelum perlawanan itu kerana komitmen bersama kelab masing-masing dalam Liga Perdana Singapura.



Hampir kesemua pemainnya - 22 daripada 23 pemain yang dipanggilnya - turut diturunkan bagi pertemuan dengan Myanmar itu dengan Fandi mengatakan beliau gembira dengan prestasi beberapa pemainnya itu sekalipun pasukan itu tidak dapat menurunkan tiga tunggak pasukan, Ikhsan Fandi, Adam Swandi dan Taufiq Muqminin.



Legenda bola sepak negara itu mengatakan bahawa Encik Tan, yang juga Speaker Parlimen, memberitahu para pemain bahawa "beliau agak gembira" dengan permainan yang disajikan. "Beliau melihat komitmen para pemain... katanya itu adalah petanda baik dan beliau menggesa kami supaya terus menunjukkan peningkatan," ujar Fandi.



Skuad Singa Muda itu juga berpeluang menimba pengalaman berharga dalam beberapa perlawanan persahabatan yang dirancangkan termasuk menentang Macau pada 27 Jun di samping menyertai kejohanan tiga penjuru di sini yang turut menampilkan dua kelab Australia, Perth Glory dan Wellington Phoenix pada Ogos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >