Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LANGGANAN TONTON LIGA PERDANA ENGLAND

Harga langganan bulanan EPL bermula dari $19.99 dengan tawaran StarHub

Jun 09, 2022 | 05:30 AM



SELEPAS empat bulan mendapat hak penyiar rasmi Liga Perdana England (EPL), StarHub semalam mengumumkan harga langganan bulanan yang bermula dari $19.99.



Sebagai perbandingan, bagi musim lepas, pelanggan Singtel membayar harga bulanan $64.90 untuk menonton EPL di TV dan $49.90 untuk menonton melalui perkhidmatan penstriman video Cast.



Harga $19.99 yang dikenakan StarHub adalah bagi langganan awal atau early birds yang dihadkan kepada 25,000 pelanggan pertama mulai hari ini hingga 30 Jun.



Selepas tempoh itu, pelanggan StarHub dikenakan bayaran $24.99 sebulan manakala bukan pelanggan firma telko itu perlu $39.99 sebulan.



Kedua-dua pilihan itu tidak mempunyai sebarang kontrak minimum yang boleh diakses melalui perkhidmatan over-the-top (OTT) Premier+ yang baru dilancarkan StarHub.



Pelanggan TV berbayar Singtel boleh terus menonton perlawanan EPL melalui aturan 'silang siar' atau cross-carriage yang telah berjalan sejak 2013.



Namun, pelanggan Singtel perlu membayar harga bulanan sebanyak $64.90.



Menurut ketua kumpulan perniagaan pengguna StarHub, Encik Johan Buse, perlawanan EPL "tiada tandingnya adalah program sukan yang paling popular ditonton di Singapura" dan StarHub akan menyiarkan EPL pada harga yang rendah agar dapat menyemarakkan semangat ini.



"Para pelanggan boleh menjangkakan pengalaman menonton bola sepak yang baru, lengkap dengan ciri-ciri yang mengasyikkan, fleksibiliti yang tiada tandingan dan peningkatan berterusan," tambah beliau.



StarHub melaporkan peningkatan pelanggan hiburan, termasuk OTT dan TV berbayarnya, daripada 376,000 kepada 450,000 pada suku pertama tahun ini walaupun enggan berkongsi jumlah bayaran untuk persetujuan terkini selama enam tahun bersama EPL.



Pada 2007, mereka dilaporkan membayar $250 juta untuk kontrak selama tiga tahun, sebelum Singtel memperoleh semula hak siaran EPL dari 2010 hingga 2013 dan membelanjakan sebanyak $400 juta.



Singtel telah memperoleh hak siaran itu sehingga tahun ini.



Dengan satu langganan, Premier+ boleh diakses dari lima peranti berbeza dan dua penstriman serentak.



Selain menonton dengan kualiti berdefinisi tinggi (HD) Ultra 4K, ciri baru lain termasuk pilihan untuk menonton dua perlawanan EPL secara serentak pada skrin yang sama, menonton perlawanan dari perspektif seorang pemain, statistik perlawanan secara langsung serta fungsi bimbit untuk melangkau dan menatal detik-detik penting melalui 'match stories'.



Maklumat lanjut boleh didapati di laman web atau kedai-kedai StarHub, manakala pelanggan sedia ada boleh melanggan melalui aplikasi My StarHub.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >