HARI penuh emosi bagi bola sepak Singapura berakhir dengan air mata dan kontroversi, selepas Singapura tersingkir daripada Piala AFF Suzuki, ditewaskan 3-1 oleh Malaysia di Stadium Negara semalam.
Dengan keputusan terikat 1-1, pengadil Al Kaf Ahmed Abu Bakar menghadiahkan penalti kepada Malaysia yang mendakwa penyerangnya, Amri Yahyah, dikasari. Safiq Rahim menyempurnakan penalti, membisukan 55,000 penyokong tuan rumah, sementara mencetus perayaan girang dalam kalangan penyokong Harimau Malaya.