Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Hariss Harun kongsi padang dengan Materazzi, Pires, Rivaldo dan Bebeto

Jul 02, 2019 | 09:24 AM



AHAD lalu merupakan hari yang tidak akan pernah dilupakan kapten pasukan Singa, Hariss Harun.



Apakan tidak, pemain bola sepak kebanggaan negara berusia 28 tahun itu telah turun padang bersama lagenda-lagenda hebat seperti Marco Materazzi, Edgar Davids, Robert Pires, Florent Malouda, David Trezeguet dan Gianluca Zambrotta.



Mereka terlibat dalam satu perlawanan amal 'all-star' di Stadium Larkin, lapor The New Paper.



Di padang, Hariss bersama pasangan bek tengahnya, pemain pertahanan Itali yang telah memenangi Piala Dunia, Materazzi, ditugaskan mematahkan usaha Rivaldo, Bebeto dan Claudio Canuggia.



Dengan kegembiraan jelas terpampang di wajahnya, Hariss berkata:



"Kenangan dari hari ini akan bersama saya selamanya. Ia merupakan kehormatan yang amat besar berkongsi padang dengan pemain-pemain ini."



"Sejujurnya saya sangat gementar."



Namun, kapten Johor Darul Takzim itu menambah:



"Hari ini adalah untuk kebaikan yang lebih besar iaitu mengumpul dana bagi amal, jadi saya gembira dapat main peranan dalam hal itu."



Pasukan Hariss menang perlawanan amal itu 9-5.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >