KELAYAKAN PIALA ASIA 2019

Hariss positif dengan harapan Singa apabila lawan Bahrain

TUNGGAK skuad Singa Hariss Harun percaya prestasi yang ditunjukkan rakan sepasukannya dalam separuh masa kedua semasa kalah 1-2 kepada Afghanistan dalam satu perlawanan persahabatan minggu lalu akan memberikan mereka keyakinan apabila turun beraksi dalam perlawanan pembuka tirai Kelayakan Piala Asia (ACQ) 2019.

Pertarungan dengan Afghanistan di padang berkecuali di Doha pada Khamis lalu merupakan perlawanan ujian terakhir sebelum skuad Singa pimpinan jurulatih V. Sundramoorthy memulakan cabaran Kumpulan E ACQ dengan menentang Bahrain di Riffa hari ini.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan