Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK TEMPATAN

Hariss pulang ke gagang, sertai Lion City Sailors

May 12, 2021 | 05:30 AM



SETELAH tujuh musim merangkul pelbagai trofi bersama juara Liga Super Malaysia (MSL) Johor Darul Takzim (JDT), kapten pasukan Singa Hariss Harun pulang ke tanah air menyertai kelab Liga Perdana Singapura (SPL) Lion City Sailors.



Dalam satu posnya di Facebook kelmarin, kelab Malaysia itu mendedahkan bahawa kontrak itu "ditamatkan secara saling setuju... sejajar keputusan Hariss hendak pulang ke Singapura atas sebab-sebabkeluarga".



Ia menyatakan bahawa "pandemik Covid-19 telah menyebabkan mustahil (untuk Hariss) pulang kerap ke negara asalnya".



Kontrak Hariss bersama JDT tinggal setengah tahun.



Pada masa sama, Sailors mengumumkan bahawa pemain berusia 30 tahun itu akan menyertai mereka di bawah perjanjian selama tiga setengah tahun.



Bayaran pemindahan Hariss tidak didedahkan.



Setelah pemindahan itu diumumkan dalam talian kelmarin, Hariss mengucapkan terima kasih kepada mantan majikannya dan berkata:



"Saya teruja untuk kembali ke sini. SPL adalah tempat saya mula membina kerjaya saya, dan sangat menarik dapat menjadi sebahagian daripada visi Lion City Sailors untuk membina sebuah kelab yang boleh bertindak sebagai mangkin bagi SPL dan bola sepak Singapura.



"Saya benar-benar menikmati masa saya bersama JDT, dan adalah sutu penghormatan untuk memakai kain lilit lengan untuk pasukan yang menikmati kejayaan luar biasa di padang di samping membuat kemajuan luar biasa di luar padang.



"Saya tidak sabar hendak memulakan lembaran saya seterusnya bersama Sailors, dan saya menantikan kejayaan di padang dan kemajuan di luar padang bersama Sailors untuk tahun-tahun mendatang."



Ketibaan Hariss muncul sedang Sailors - yang dikenali sebagai Home United sebelum menjadi kelab swasta pertama Singapura pada 2020 - membina skuad dalam percubaan mereka menjuarai SPL dan melayakkan diri ke Liga Juara-Juara AFC.



Selain memiliki beberapa bakat tempatan terbaik, mereka mencipta sejarah pada pramusim ini dengan membelanjakan $2.9 juta untuk menandatangani pemain pengatur serangan dari Brazil Diego Lopes daripada kelab liga tertinggi Portugal Rio Ave.



Ini menjadikan Lopes pemain berharga jutaan dolar pertama liga Singapura.



Secara kebetulan, Rio Ave juga adalah kelab yang ditolak Hariss pada 2013 dek ketidaktentuan mengenai komitmen Perkhidmatan Negaranya.



Sailors kini menduduki tangga kedua SPL, satu mata di belakang juara bertahan Albirex Niigata.



Namun, mereka juga sedang mencari ketua jurulatih baru setelah Aurelio Vidmar meninggalkan kelab itu untuk menyertai juara Thailand BG Pathum pada 28 April.




"Saya teruja untuk kembali ke sini. SPL adalah tempat saya mula membina kerjaya saya, dan sangat menarik dapat menjadi sebahagian daripada visi Lion City Sailors untuk membina sebuah kelab yang boleh bertindak sebagai mangkin bagi SPL dan bola sepak Singapura."
- Hariss Harun, yang menyertai Sailors mereka di bawah perjanjian tiga setengah tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >