Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Hartawan Czech bayar $273j bagi 27% saham West Ham

Nov 15, 2021 | 05:30 AM

LONDON: Jutawan Czech, Daniel Kretinsky, telah memperolehi 27 peratus hak milik kelab Liga Perdana England (EPL) West Ham United, sekali gus meneruskan trend pemilikan pihak asing dalam EPL.

Hartawan berusia 46 tahun itu, seorang usahawan dalam sektor tenaga, telah mengeluarkan bayaran £150 juta ($273.4 juta) bagi kelab London itu, sekali gus meletakkan nilai kelab tersebut pada $1 bilion.

Saham pemilikan kelab itu dijual oleh pengerusi-bersama David Sullivan dan David Gold, selain seorang lagi pelabur.

Ketiga-tiga individu ini kekal sebagai pemilik saham, kata West Ham dalam satu kenyataannya.

Kretinsky, yang juga pemegang saham minoriti bagi rantaian pasar raya Britain, J Sainsbury, membuat pembelian itu sedang West Ham kini menduduki tangga ketiga dalam liga, menyusuli persembahan cemerlang sejauh ini.

Pasukan itu juga mempunyai peluang cerah untuk melayakkan diri bagi pertandingan elit Eropah - Liga Juara-Juara Eropah - musim depan.

Liga Perdana setakat ini adalah pertandingan bola sepak terkaya di Eropah, dan mungkin dunia, justeru menjadi tarikan bagi ramai pelabur asing.

Juara tahun lalu Manchester City dimiliki oleh keluarga diraja Abu Dhabi, manakala Liverpool dikuasai oleh Fenway Sports Group Holdings, yang juga memiliki pasukan besbol Boston Red Sox. - Reuters.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3