Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA AFF SUZUKI

Hassan makin tua 'makin menjadi'

Nov 18, 2018 | 05:30 AM



PENJAGA gawang negara, Hassan Sunny, telah menunjukkan persembahan yang memberangsangkan dalam dua penampilannya dalam kempen terbaru kejohanan Piala AFF Suzuki tahun ini.



Beliau juga merupakan antara pemain cemerlang ketika dua perlawanan pembukaan menentang Indonesia dan Filipina, ini walaupun usianya kian mencecah 34 tahun.



Namun beliau berjaya membuktikan kebenaran pepatah Inggeris yang berkata: 'Old is Gold' (tua itu emas).



Dalam sukan bola sepak juga, ada ungkapan yang menyatakan bahawa 'semakin lanjut usia seseorang penjaga gawang, semakin cemerlang mereka akan bermain'.



Bagaimanapun, Hassan pantas menyangkal kenyataan tersebut.



"Terus terang, semakin kami meningkat usia, semakin pudarlah barangkali ketangkasan dan kekuatan kami.



"Sebagai penjaga gawang, lebih-lebih lagi pada usia sebegini, fasa pemulihan amat penting bagi diri saya.



"Contohnya, selepas latihan atau perlawanan berintensiti tinggi, saya akan mudah rasa letih dan lesu, jadi saya perlu menjaga tahap kecergasan saya jika mahu terus beraksi.



"Lihat sahaja penjaga gawang terkemuka dunia seperti Gianluigi Buffon dan Iker Casillas ... saya rasa mereka lakukan lebih daripada apa yang saya sedang lakukan," kata beliau.



Bagi Hassan yang beraksi untuk kelab Thailand, Army United, pengalaman merupakan aset penting dalam kerjayanya sebagai seorang pemain pasukan negara dan menerusi pengalaman itu, beliau harap dapat dikongsikan dengan rakan sepasukannya yang masih muda.



Beliau yang sudah hampir 14 tahun beraksi di peringkat antarabangsa berkata;



"Pengalaman kami masih berharga dan ia masih penting dalam bola sepak. Justeru kami juga memainkan peranan penting untuk menjadi contoh terbaik kepada bakat-bakat muda.



"Saya telah melihat ramai pemain yang telah meninggalkan dan pemain baru yang memasuki skuad Singa.



"Dari situ saya banyak meraih pengetahuan berkenaan perilaku dan kerjasama antara pemain muda dan senior.



"Jadi kini sebagai pemain senior, saya harus memberi bimbingan kepada pemain muda yang baru dan saya rasa ini adalah tanggungjawab saya."



Skuad kendalian jurulatih sementara Fandi Ahmad, yang terdiri daripada gabungan pemain muda dan berpengalaman telah menunjukkan potensi untuk memberikan cabaran dalam perlawanan peringkat serantau ini.



Sejauh ini, mereka telah memulakan kempen kejohanan Piala AFF Suzuki dengan memberangsangkan selepas memenangi perlawanan pertama mereka menentang Indonesia.



Namun setelah kecundang kepada Filipina Selasa lalu, Hassan masih berharap rakan sepasukannya dapat terus bangkit daripada kekecewaan itu.



"Saya fikir ini adalah petanda positif bahawa kami telah memenangi perlawanan kami baru-baru ini, kecuali ketika menentang Filipina di Bacolod City.



"Kami cuba untuk belajar daripada kesilapan yang lalu. Ia bukanlah sesuatu yang mudah namun kami perlu terus melangkah ke hadapan.



"Walau apapun, kami harus tetap bersikap positif dari segi ketahanan mental dan membawa sikap ini ke dalam padang bola sepak.



"Dengan Coach Fandi membimbing kami, saya rasa ini merupakan satu permulaan yang baik.



"Berdasarkan apa yang telah saya lihat, kami telah meningkat dengan positif - kami bermain lebih banyak serangan dan kami juga telah menerima maklum balas positif daripada para penyokong.



"Oleh itu, kami ingin terus menunjukkan kemajuan yang baik ini dengan mendapat keputusan menggalakkan apabila menentang Timor Leste nanti," ujarnya lagi.



  • Muhaimin Suzaini ialah penulis sambilan.


"Terus terang, semakin kami meningkat usia, semakin pudarlah barangkali ketangkasan dan kekuatan kami.

Sebagai penjaga gawang, lebih-lebih lagi pada usia sebegini, fasa pemulihan amat penting bagi diri saya.

Contohnya, selepas latihan atau perlawanan berintensiti tinggi, saya akan mudah rasa letih dan lesu, jadi saya perlu menjaga tahap kecergasan saya jika mahu terus beraksi.''

- Hassan Sunny.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >