Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Hatrik Bale benam Sheffield United

May 04, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Gareth Bale menjaringkan hatrik untuk memberikan Tottenham Hotspur kemenangan selesa 4-0 ke atas Sheffield United, memelihara peluang melayakkan diri ke pertandingan Eropah musim depan.



Bale menjaringkan gol pertama 10 minit sebelum waktu rehat, menyambar hantaran lambung cantik daripada Serge Aurier, yang turut merintis peluang gol ketiga bagi Bale dalam separuh masa kedua.



Son Heung-min mengumpan bola kepada kepada Bale untuk menjaringkan gol kedua di pertengahan separuh masa kedua, sebelum beliau sendiri menjaringkan gol terakhir perlawanan pada minit ke-77.



Malah, warga Korea itu terlepas menjaringkan gol kedua apabila pengadil menyifatkan gol yang dijaringkan di awal babak kedua sebagai ofsaid.



Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan, Bale berkata beliau berasa hebat selepas memulakan dua perlawanan Liga Perdana England (EPL) berturut-turut.



"Saya tahu saya perlu merebut sebarang peluang yang ada apabila ia muncul," kata beliau.



"Saya hanya perlu beraksi dalam lebih banyak perlawanan untuk mengembalikan keyakinan diri dan ketajaman di depan gol dan kini saya senang hati kerana diberi peluang berbuat demikian."



Ketua jurulatih sementara Spurs Ryan Mason berkata:



"Saya pernah berkata Bale masih mampu membuat sumbangan yang cemerlang di padang bahagian lawan dan beliau menunjukkan dalam perlawanan ini ketangkasannya dan kedudukannya sebagai pemain bertaraf dunia.



"Bagi saya, perkara paling menyenangkan adalah sikapnya, yang tidak berhenti berlari dan berjuang bagi pasukan.



Keputusan itu bermakna Spurs kini ketinggalan lima mata di bawah tempat keempat dalam liga dan kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah, dengan musim berbaki empat perlawanan.



United pula, yang tersingkir dari EPL pada 17 April lalu - ia tewas kepada Wolves - tidak berdaya menguji penjaga gawang Spurs Hugo Lloris dan hanya membuat satu percubaan gol yang mengena sasaran.



Dalam pada itu, Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan gol pertama sejak pulih dari malaria, membolehkan Arsenal menewaskan Newcastle 0-2 di St James' Park.



Kemenangan itu dijangka memperkukuh keyakinan Arsenal menjelang perlawanan separuh akhir kedua dengan Villareal minggu ini.



Mohamed Elneny pula menjaringkan gol EPL pertama bagi Arsenal, sebelum Aubameyang menjaringkan gol dalam separuh masa kedua untuk menjamin kemenangan bagi pasukan pelawat.



Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan, Aubameyang berkata para doktor yang merawatnya adalah yang terbaik dalam bidang itu.



"Saya amat keletihan pada lima minit terakhir, tetapi secara jujur, saya berasas hebat sepanjang perlawanan."



Kemenangan membawa Arsenal ke tangga kesembilan namun musim mereka kini bergantung sama ada berjaya menukar kekalahan 2-1 pada separuh akhir Liga Europa kepada Villarreal awal pagi Jumaat ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >