COPA AMERIKA
Hatrik Coutinho bantu Brazil belasah Haiti 7-1
Jun 10, 2016 | 05:30 AM
ORLANDO: Philippe Coutinho menjaringkan hatrik dan Renato Augusto menemui sasaran sebanyak dua kali untuk membantu Brazil membelasah Haiti 7-1 dalam perlawanan Kumpulan B Copa Amerika di Citrus Bowl, kelmarin.
Dengan kemenangan itu, Brazil mengumpulkan empat mata daripada dua perlawanan selepas ia diikat 0-0 oleh Ecuador dalam perlawanan pembukaan mereka.