PREVIU SUKU AKHIR EURO 2016 BELGIUM LWN WALES
Hazard si ayam tambatan
Pertemuan suku akhir antara Belgium dengan Wales dalam kejohanan Euro 2016 menjodohkan dua pasukan yang mempunyai corak permainan berbeza sekali. Sementara Belgium ialah pasukan pilihan, Wales lebih daripada mampu membuat kejutan. Wartawan Berita Harian ZAINAL JAMARI (jaz@sph.com.sg) menampilkan dua pemain daripada kededua pasukan yang mampu mempengaruhi keputusan perlawanan.
Jul 01, 2016 | 05:30 AM
TIDAK seperti Wales yang meletakkan harapan tinggi ke atas bahu dua pemain - Gareth Bale dan Aaron Ramsey - skuad Belgium padat dengan para pemain bermutu.
Mungkin skuad Belgium yang mendapat julukan 'generasi emas' ini merupakan pasukan yang paling seimbang di Euro 2016.