Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SILAT

Hazim buat persiapan kejohanan di Amerika semasa Lebaran

Jun 02, 2019 | 05:30 AM



MENJELANG sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, pesilat muda negara, Muhammad Hazim Mohd Yusli sudahpun mengenal pasti juadah yang akan diterjahnya dahulu pada pagi Syawal nanti.



Lauk rendang daging hasil air tangan ibunya sendiri.



"Saya memang suka makanan yang mempunyai daging...tidak kiralah apa masakannya.



"Dan setiap Hari Raya, itulah juadah yang akan saya cari dahulu, di samping lauk raya yang lain. Masakan ibu saya memang sedap!," seloroh pesilat berusia 17 tahun itu.



Sudah menjadi kebiasaan bagi Cik Roshidah Abdul Wahab, menyediakan lauk-lauk kegemaran anak-anaknya setiap musim Hari Raya.



Namun tahun ini, Hazim pasti akan lebih berselera menjamah lauk kegemarannya itu.



Pada 17 Jun nanti, Hazim bersama rombongan pesilat negara termasuk adiknya, Muhammad Harits Yusli, 15 tahun, bakal berlepas ke Amerika Syarikat (AS) bagi Kejohanan Terbuka AS di Sterling, Virginia.



Segala kemeriahan perayaan dan aktiviti kunjung-mengunjungi rumah sanak saudara terpaksa dilakukan ketika dua minggu pertama.



Sejurus itu, segala tumpuan dan tenaga perlu diberikan kepada pertandingan yang akan berlangsung hingga 26 Jun ini.



Bagi Hazim, yang akan menyambut Hari Raya ini sebagai juara dunia setelah berjaya merangkul gelaran itu tahun lalu di Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-18, persiapan terhadap pertandingan di AS itu telah pun giat dilakukan.



Mengongsi tentang sasaran utamanya di kejohanan itu, Hazim berkata: "Seperti pertandingan-pertandingan sebelum ini, membawa pulang pingat emas menjadi sasaran utama saya.



"Kami (skuad silat Singapura) telah bekerja keras untuk pertandingan ini, jadi kami akan melakukan yang terbaik apabila kami di sana."



Selain itu, Hazim turut berkongsi bahawa beliau mungkin perlu mengurangkan pengambilan juadah Raya tahun ini demi mempersiapkan diri bagi kejohanan itu.



"Saya harus pastikan makanan yang saya ambil termasuk kuih Raya itu seimbang dan memadai," ujar pesilat muda negara itu yang baru-baru ini meraih anugerah Atlit-Pelajar Lelaki Terbaik di Majlis Anugerah Sukan Singapura.



Bagi Cik Roshidah dan suami, Encik Mohamad Yusli Subuki, ketiadaan kedua-dua anak mereka - Hazim dan Harits - pada pertengahan Syawal nanti dapat dirasakan.



"Merekalah yang selalu menyerikan lagi suasana Hari Raya untuk kami sekeluarga dengan gelagat mereka, terutama Hazim yang merupakan pelawak dalam keluarga kami.



"Memang anak-anak kami semua sangat rapat dengan kami...jadi apabila mereka di Amerika nanti, pasti kami akan merindui mereka untuk beraya bersama.



"Tetapi kami tahu bahawa ini adalah satu peluang besar bagi Hazim dan Harits untuk mengembangkan lagi bakat mereka dalam silat, jadi kami tidak mahu menghalang mereka dari mengejar impian yang mereka ada.



"Bagi kami sekeluarga, ini hanya adalah satu pengorbanan kecil yang harus kami lakukan, dan kami akan sentiasa menyokong mereka dalam perjalanan ini," ujar Encik Yusli, 49 tahun, yang bertugas sebagai pemandu penghantar makanan.



Sebagai seorang ibu, keselamatan dan kesejahteraan anak-anaknya sering menjadi kebimbangan, lebih-lebih lagi apabila mereka berada di luar negara.



Wadah komunikasi Whatsapp, yang mempunyai kemudahan panggilan video, serta media sosial, menjadi penghubung mereka anak-beranak sekali gus mengubati rindu yang dirasai.



"Sejurus sampai di destinasi, Hazim atau Harits akan menghantar mesej kepada kami memberitahu mereka sudah sampai dengan selamat.



"Kalau mereka sibuk berlatih atau mempunyai kegiatan lain yang telah dirancang, kami akan mengikuti perkembangan mereka menerusi sebarang pos mereka di Facebook atau Instagram.



"Apabila mereka berjauhan dari kami, saya sering mengingatkan mereka untuk sentiasa menjaga antara satu sama lain, terutama Hazim sebagai abang," kata Cik Roshidah, 48 tahun, ketika ditemui Berita Minggu (BM) di rumah mereka di Chua Chu Kang.



Hari Raya Aidilfitri merupakan peluang untuk seisi keluarga mengeratkan lagi perhubungan mereka.



Justeru, mereka sekeluarga telah merancang untuk pergi bercuti pada hujung minggu di seberang tambak sebelum Hazim dan Harits berangkat ke AS. Percutian itu adalah yang pertama sejak sekian lama untuk keluarga itu.



"Memandangkan sejak kebelakangan ini kami sibuk dengan pekerjaan masing-masing dan jarang dapat meluangkan masa bersama, saya telah mencadangkan kami sekeluarga pergi melancong ke Malaysia.



"Ini juga peluang untuk kami berehat dan bersantai sebelum mengharungi cabaran di kejohanan silat AS nanti," ujar Hazim.




"Kami (skuad silat Singapura) telah bekerja keras untuk pertandingan ini, jadi kami akan melakukan yang terbaik apabila kami di sana.....Saya (juga) harus pastikan makanan yang saya ambil termasuk kuih Raya itu seimbang dan memadai."
- Pesilat muda negara, Muhammad Hazim Mohd Yusli




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >