Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA-S GREAT EASTERN-YEO'S

'Helang' ikat 'Rusa Jantan' 3-3 di kandang sendiri, pada malam penuh aksi

Feb 16, 2016 | 09:48 AM



JERMAINE PENNANT tidak menemui sasaran, tetapi hampir 3,000 penonton di Stadium Jurong West disajikan dengan enam gol dalam perlawanan yang mengasyikkan apabila Geylang International mengikat pasukan ruan rumah Tampines Rovers 3-3 dalam perlawanan Liga-S Great Eastern-Yeo's pada 15 Februari.


Kapten Noh Rahman dan penjaring gol ketiga Tampines Yasir Hanapi diperintah keluar padang selepas masing-masing dilayangkan kad kuning kedua dalam separuh masa kedua.


Disaksikan isteri Alice Goodwin dan anaknya, Pennant, 32 tahun, beraksi sekitar 35 minit selepas menggantikan Fazul Nawaz pada minit ke-55. Walau menanggung kecederaan peha, bekas bintang Liverpool dan Arsenal menunjukkan keupayaannya dengan beberapa larian dan hantaran cantik di sayap kiri Tampines.


Tampines membuka tirai jaringan seawal minit ke-13 menerusi Jordan Webb, sebelum menggandakan jaringan di pertengahan babak pertama hasil rembatan Billy Mehmet.


Namun kelebihan itu lesap sebelum Pennant menyertai perlawanan.


Geylang, yang bergelar The Eagles atau Sang Helang merapatkan jurang selang seminit ia melepaskan gol kedua Tampines yang bergelar Mighty Stags atau Sang Rusa Jantan - menerusi kerja keras dan sikap enggan kalah Amy Recha.


Bekas penyerang Young Lions itu mengejar bola yang dihantar tinggi oleh Branko Cubrilo dari wisel permulaan semula permainan, mencuri bola dari kaki Hafiz Abu Sujad dan memperdayakan Izwan Mahbud dari jarak dekat.


Ia kemudian menyamakan kedudukan menerusi Carlos Delgado yang menemui sasaran selepas terlepas menyempurnakan peluang lebih mudah sebelum itu. Bak jatuh ditimpa tangga, Tampines, naib juara 2015, kehilangan kapten Noh Rahman selepas itu selepas beliau dilayangkan kad kuning kedua.


Gol ketiga Geylang dijaringkan oleh Stanely Ng dengan perlawanan berbaki 10 minit. Namun Yasir Hanapi berjaya menjaringkan gol penyamaan selang beberapa minit hasil percubaan first-time dari hujung petak penalti. Bagaimanapun, suka Yasir berubah menjadi duka selepas itu, apabila beliau dilayangkan kad merah kerana menyiku Gabriel Quak.


Geylang berpeluang menjaringkan gol keempat ddalam masa kecederaan, tetapi Izwan Mahbud bertindak cemerlang menyelamatkan percubaan secara akrobatik.


Menurut jurulatih Geylang, satu mata yang diraih itu memberi keyakinan bagi pasukannya menempuhi cabaran seterusnya.


"Tidak mudah menentang Tampines di stadium lawan. Saya bangga dengan pertunjukkan pemain saya," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >