LONDON: Sesiapa sahaja yang ingin memahami kebangkitan Chelsea di bawah pengurus sementara, Guus Hiddink, akan menemui sebahagian daripada jawapannya dalam bentuk pemain tengah, John Mikel Obi.
Dalam 16 perlawanan terakhir di bawah Jose Mourinho, hanya dua kali sahaja Mikel diletakkan dalam senarai mula. Tetapi di bawah Hiddink, beliau diletakkan dalam senarai kesebelasan pertama Chelsea sebanyak sembilan kali daripada 12 perlawanan.