LIGA PERDANA SINGAPURA
Home United rebut Perisai Masyarakat selepas tewaskan Albirex Niigata
Feb 27, 2019 | 05:30 AM
PERLAWANAN Perisai Masyarakat AIA yang berlangsung di Stadium Jalan Besar Sabtu lalu menyaksikan pasukan Home United menang 5-4 melalui tendangan penalti selepas keputusan seri 0-0 pada wisel penamat.
Mereka mengalahkan juara bertahan, yang juga merupakan juara Liga Perdana Singapura (SPL) musim lalu, Albirex Nigata.