Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA-S

Home Utd 'hilang' dua anak Fandi

Apr 11, 2016 | 05:30 AM



SEPERTI setiap anak lelaki yang dilahirkan di Singapura, akhirnya sudah tiba masanya juga bagi giliran pasangan adik beradik Irfan dan Ikhsan Fandi menyahut seruan negara - cuma kali ini bukan di padang bola.



Jumaat lalu, Ikhsan, 17 tahun, berlepas ke Pulau Tekong untuk menjalani Perkhidmatan Negara (NS) bersama Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).



Abangnya, Irfan, 19 tahun, pula akan memasuki NS dengan Pasukan Polis Singapura (SPF) esok.



Ketiadaan adik-beradik ini bermakna Kelab Bola Sepak Home United (HUFC) kehilangan dua pemain muda berbakat mereka.



Walaupun demikian, pengurus Home United Badri Ghent, 27 tahun, tidak melihatnya sebagai satu masalah.



Ini kerana pasukannya mempunyai bilangan pemain yang mencukupi untuk mengisi tempat mereka.



"Kededua Irfan dan Ikhsan mempunyai kualiti unik yang boleh memberi kesan dalam perlawanan.



"Tetapi ini tidak bermakna kami akan terjejas dengan ketiadaan mereka.



"Misalnya meskipun ketiadaan Irfan, kami mempunyai Khairul Nizam dan juga Ken Ilso, yang merupakan pemain Denmark untuk mengisi barisan penyerang.



"Di bahagian sayap di mana Ikhsan beraksi pula, kami mempunyai Faris Ramli dan pemain Perancis, Ambroise Begue," ujarnya.



Namun, pihaknya akan cuba mengatur masa agar Irfan dan Ikhsan dapat berlatih pada hujung minggu dan beraksi untuk HUFC.



"Ia bergantung pada jadual NS mereka.



"Kami juga perlu mendapatkan keizinan agar mereka dapat bermain buat HUFC. Buat masa ini, ia belum pasti lagi," tambahnya.



Ditanya apakah NS akan membantutkan kerjaya bola sepak mereka, Encik Badri berkata:



"Saya tidak rasa ia akan menjejas sepenuhnya kerana ramai juga pemain bola sepak profesional yang telah menjalani NS.



"Lagipun saya pasti mereka akan dapat mempelajari pelbagai nilai kehidupan berharga seperti pengurusan masa, disiplin dan kematangan di NS.



"Ini juga akan dapat memberi kesan positif pada cara mereka beraksi di padang apabila tamat NS nanti."



Beliau turut menambah bahawa bapa mereka, ikon bola sepak negara, Fandi Ahmad, mahu anak-anaknya melalui proses NS ini dengan secepat mungkin agar dapat memberi tumpuan kepada kerjaya bola sepak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >