DARIPADA posisi berdiri dengan kaki separuh mengangkang, Keisuke Honda memulakan larian pendek lalu merembat bola dengan kemas.
Bola yang berlepas daripada but kiri Honda terbang pantas melewati dinding pertahanan hingga menewaskan Thomas Sorensen di pintu gol.