KEJUTAN! Kejutan!
Tahun lalu, mereka menamatkan saingan di tangga corot tetapi Hougang United yang berwajah baru melompat ke tangga teratas Liga-S Great Eastern-Yeo's buat pertama kali musim ini selepas menewaskan Balestier Khalsa 1-0 di Stadium Hougang pada malam Sabtu lalu.