LIGA PERDANA SINGAPURA
Hougang, Tampines lanjutkan kontrak ketua jurulatih
Dec 17, 2019 | 05:30 AM
SELEPAS musim memberangsangkan, dua pasukan Liga Perdana Singapura (SPL) - Hougang United dan Tampines Rover - mengesahkan ketua jurulatih mereka akan melanjutkan tempoh khidmat bersama kelab masing-masing.
Clement Teo, yang membantu pasukan Cheetahs menduduki tangga ketiga liga musim lalu - terbaik sepanjang pelibatan Hougang dalam liga tempatan - telah menandatangi kontrak lanjutan selama setahun.