Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERISAI MASYARAKAT AIA

Hougang, Tampines sedia berentap meski perubahan dek koronavirus

Feb 22, 2020 | 05:30 AM



BIARPUN hanya dimaklumkan beberapa hari lalu untuk berentap dalam perlawanan Perisai Masyarakat AIA petang ini, Hougang United tidak mengeluh malah tampil bersedia untuk merampas kejuaraan itu daripada pesaingnya, Tampines Rovers.



Ini susulan pengumuman Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada malam Isnin lalu bahawa juara Liga Perdana Singapura (SPL) 2019, Brunei DPMM, telah menarik diri daripada pertandingan akibat larangan perjalanan yang dikenakan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap wabak koronavirus.



Keesokan harinya, badan bola sepak nasional itu berkata pasukan tempat ketiga liga musim lalu, Hougang bakal menggantikan DPMM, untuk menandingi naib juara, Tampines, di Stadium Jalan Besar.



"Sejujurnya, kami sangat terharu untuk beraksi dalam perlawanan Perisai Masyarakat. Ini juga kali pertama Hougang menyertai pertandingan ini.



"Lantas, kami lebih daripada gembira untuk berentap. Pemain juga tidak sabar untuk beraksi," ujar jurulatih Hougang United, Clement Teo, sewaktu dihubungi Berita Harian.



The Cheetahs (gelaran pasukan Hougang) sepatutnya bermain satu perlawanan persahabatan bersama kelab Malaysia, Johor Darul Takzim II, Rabu lalu, bagi persiapan musim terbaru SPL, namun dibatalkan untuk fokus kepada perlawanan petang ini.



Menyentuh mengenai persiapan pasukan bagi perlawanan ini, Teo berkata persiapan berjalan seperti biasa dan "tiada apa yang istimewa".



"Tampines, secara tradisi, adalah pasukan yang hebat. Tetapi, kami akan bermain seperti mana yang telah kami lakukan selama ini," katanya.



Teo namun menambah musim ini beliau memberi lebih fokus kepada benteng pertahanan pasukannya - iaitu pasukan keempat yang banyak dibolosi gol dalam liga musim lalu - dengan rekrut baru seperti Zachary Anderson dan Anders Aplin.



Seorang lagi rekrut Hougang musim ini termasuk Sahil Suhaimi, yang telah menyumbat lima gol untuk kelab barunya dalam tiga perlawanan pramusim.



"Meskipun hanya diberitahu pada saat-saat akhir, tetapi secara berpasukan, kami tidak sabar untuk beraksi dan akan berikan yang terbaik," kata bekas penyerang Warriors FC itu.



Sementara itu, jurulatih Tampines, Gavin Lee, tidak menepis ancaman pesaing barunya.



Ditanya jika beliau menganggap Hougang sebagai pasukan yang lebih lemah berbanding DPMM, Lee berkata:



"Kami telah mengikuti perlawanan Hougang semasa pramusim ini lantas kami mempunyai maklumat yang kami perlu untuk atasi mereka.



"Hougang adalah pasukan kuat yang telah menandatangani beberapa pemain hebat tahun ini, dan tidak sabar untuk menentang mereka."



Yakin dengan kebolehan anak buahnya, Lee turut memiliki senjatanya sendiri, penyerang Boris Kopitovic, yang dibawa masuk dari kelab Montenegro, OFK Petrovac.



Kopitovic telah menjaringkan lima gol dalam lima perlawanan untuk The Stags sejauh ini - termasuk satu gol dalam perlawanan Piala AFC menentang PSM Makassar baru-baru ini.



Mengulas mengenai persiapan Tampines, kapten pasukan Yasir Hanapi menambah:



"Perubahan pesaing tidak mengganggu persiapan kami. Semuanya berjalan dengan lancar dan semangat dalam pasukan amat tinggi.



"Bagi saya, ia penting untuk menang setiap perlawanan dan kami telah sekian lama tidak menang trofi (Perisai Masyarakat) ini. Kemenangan akan memberikan permulaan positif yang kami perlukan untuk musim ini."




PERLAWANAN PERISAI MASYARAKAT 2020



Tampines Rovers lwn Hougang United



Tarikh: Hari ini, 6 petang



Tempat: Stadium Jalan Besar



Tiket berharga daripada $3 dan boleh didapati di laman web FAS, www.fas.org.sg/tickets/ atau di Stadium Jalan Besar mulai 3 petang ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >