Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA (SPL)

Hougang tangkas, tapi Geylang boleh catat kejutan

spl
May 13, 2021 | 05:30 AM



DALAM perlawanan pada awal musim Liga Perdana Singapura (SPL), Hougang membelasah Gyelang International 4-1.



Kini, jurang antara dua pasukan ini mungkin lebih ketara.



Selepas sembilan perlawanan SPL dimainkan, Hougang mempunyai 17 mata dan kini berada di tangga keempat, empat mata di belakang pendahulu Albirex Niigata.



Sebaliknya, Geylang, yang tewas enam daripada sembilan perlawanan setakat ini, tersadai di tangga keenam dengan tujuh mata.



Kedudukan liga itu membayangkan pemenang perlawanan antara dua pasukan ini hujung minggu ini mudah diramal.



Namun, Geylang, yang dirundung kecederaan dan masalah mencapai tahap permainan konsisten musim ini, telah menunjukkan ia boleh bangkit.



Malah, dalam perlawanan menentang Lion City Sailors baru-baru ini, anak didik Noor Ali bersaing hingga wisel penamat, meskipun akhirnya kecundang 2-1.



Pemain muda seperti Sanders Saurajen dan Ilhan Noor telah menunjukkan mereka berupaya beraksi dengan lebih matang.



Pertahanan Geylang juga semakin stabil, dengan Barru Maguire terus bertambah yakin di posisi bek.



Di bahagian depan, gandingan Amy Recha dan Matheus Moresche semakin mengancam, dan beberapa kali memporak-perandakan pertahanan Sailors.



Mungkin cara Geylang boleh bangkit ialah dengan mengambil iktibar daripada pengalaman Hougang sejak musim lalu.



Pada peringkat sama musim lalu, Hougang juga sedang terkial-kial untuk mencatat kemenangan dan mengutip mata.



Namun, satu ciri pasukan itu yang berbeza musim ini ialah semangat kental yang ditunjukkan pemainnya hingga wisel penamat.



Sebagai contoh, dalam perlawanan menentang Balestier Khalsa minggu lalu, Hougang bermain tanpa mencapai potensi mereka dan terpaksa berhempas-pulas untuk menewaskan lawan 4-3.



Namun, ia juga menunjukkan bahawa pemainnya berupaya mengutip tiga mata meskipun beraksi di bawah jangkaan.



Jurulatih Clement Teo akur beliau kurang berpuas hati dengan pertunjukkan anak didiknya itu, tetapi berkata beliau tahu pasukannya terus berjuang hingga tamat permainan.



Sikap inilah yang perlu dicungkil Noor Ali daripada anak didiknya, bermula pertemuan menentang Hougang Ahad ini.



Di atas kertas, barisan pemain Geylang mungkin tidak sekuat pemain Hougang.



Musim ini, Hougang diwakili pemain berkaliber seperti Lionel Tan, Maksat Dzhakybaliev, Kaishu Yamazaki, Idraki Adnan dan Farhan Zulkifli.



Dan dalam bentuk Tomoyuki Doi, penjaring gol terbanyak setakat ini, ia mempunyai jentera gol yang berupaya mencipta peluang daripada sebarang keadaan.



Namun, Geylang, jika dapat berdisplin sepanjang perlawanan, bertahan untuk mengelak gawang dibolosi dan pada masa sama merebut sebarang peluang yang ada untuk menjaringkan gol, boleh mencatat kejutan.




Aksi akan datang



SABTU 15 MEI:



- Albirex Niigata lwn Young Lions

Siaran langsung di Singtel TV Ch 111, Starhub TV Ch 202



- Tampines Rovers lwn Balestier Khalsa

Siaran langsung di Singtel TV Ch 112



AHAD 16 MEI:



- Geylang International lwn Hougang United

Siaran langsung di Singtel TV Ch 111, Starhub TV Ch 202



- Lion City Sailors lwn Tanjong Pagar United

Siaran langsung di Singtel TV Ch 112, Starhub TV Ch 201



SABTU 22 MEI:



- Lion City Sailors lwn Young Lions

Siaran langsung di Singtel TV Ch 112, Starhub TV Ch 204



- Tampines Rovers lwn Hougang United

Siaran langsung di Singtel TV Ch 111, Starhub TV Ch 201



AHAD 23 MEI:



- Tanjong Pagar United lwn Balestier Khalsa

Siaran langsung di Singtel TV Ch 111, Starhub TV Ch 203



- Geylang International lwn Albirex Niigata

Siaran langsung di Singtel TV Ch 112, Starhub TV Ch 202



* Semua perlawanan bermula 5.20 petang, kecuali dua - Geylang lwn Hougang pada 16 Mei dan Tampines lwn Hougang pada 22 Mei bermula 5 petang.



* Siaran langsung juga disiarkan di YouTube dan Facebook Liga Perdana Singapura (SPL)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >