Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Hougang, Tanjong Pagar ingin ubah nasib masing-masing

Nov 27, 2020 | 05:30 AM



HOUGANG United, yang memulakan musim dengan penuh harapan untuk bersaing bagi kejuaraan dan kelayakan ke Piala AFC kini terpaksa menerima realiti pasukannya telah beraksi di bawah jangkaan.



Meskipun ditaburi beberapa pemain nasional, Hougang sedang menghadapi musim 'roller-coaster' di mana segelintir perlawanan di mana ia beraksi hebat ditenggelami lebih banyak perlawanan di mana ia mengecewakan.



Kini, terkandas di tangga keenam liga dengan musim berbaki tiga perlawanan, Hougang hanya mampu menggigit jari dan memulakan proses pemulihan dan peningkatan bagi musim depan.



Bagai jatuh ditimpa tangga, kontroversi baru menimpanya awal minggu ini, selepas ia mengumumkan bahawa dua pemain import Charlie Machell dan Zac Anderson telah digugurkan dan kontrak mereka tidak akan diperbaharui apabila luput pada 30 November ini.



Namun, komen jurulatih Clement Teo baru-baru ini, di mana beliau mengeluh mengenai pemain-pemain yang tidak menunjukkan semangat dan kehendak untuk menang kini ditimbulkan semula, dengan desas-desus di media sosial mengatakan kededua pemain itu yang dimaksudkan oleh Teo.



Malah, pengulas siaran langsung perlawanan antara Hougang dengan Tampines kelmarin menyifatkan pemain Hougang seperti tidak lagi mahu berlari dan tidak sabar menanti musim berakhir.



Hougang tewas 0-2 dalam perlawanan itu, yang juga memberikan Tampines suntikan semangat baru untuk terus bersaing dengan Albirex Niigata (S) bagi kejuaraan liga.



Lawan mereka esok adalah Tanjong Pagar United, yang berada di kaki liga.



Namun Tanjong Pagar, yang kian digelar sebagai pakar seri selepas mengutip mata kelima dengan mengikat Balestier Khalsa 2-2 kelmarin, bukanlah seteru yang mudah dikalahkan.



Malah, Tanjong Pagar, di bawah bimbingan Hasrin Jailani, kian bangkit sebagai pasukan yang tidak mudah berputus asa dan dalam bentuk penyerang utama Luiz Junior, memiliki sumber gol yang bahaya.



Tekad Tanjong Pagar untuk tidak menghabiskan musim dengan rekod tanpa menang juga akan memain peranan, dengan Hasrin dijangka menyusun barisan kesebelasan utama yang ghairah memburu gol dan pada masa yang sama, kekal berdisiplin apabila bertahan.



Dengan Hougang ditimpa kesusahan, pemain Tanjong Pagar juga dijangka menganggap perlawanan ini sebagai peluang baik untuk mengutip kemenangan pertama musim ini.



Lawan mereka selanjutnya pula ada Albirex dan Young Lions - kededuanya pasukan yang telah menewaskan mereka musim ini.



Penolong pengurus Noh Alam Shah berkata:



"Kami memang berharap untuk menjadi lebih berjaya musim ini, tetapi gelaran pakar seri kini melekat pada kami.



"Tapi ini tidak bermakna kami akan berhenti mencuba (mencari kemenangan)."



Selain perlawanan antara Hougang dengan Tanjong Pagar, tiga lagi perlawanan turut berlangsung pada hujung minggu ini.



Esok, Balestier Khalsa akan bertemu Geylang International, dalam perlawanan untuk merebut tempat ketiga.



Ahad ini pula, Albirex akan berentap dengan Tampines, dengan kemenangan bagi kelab dari Jepun itu memberinya kelebihan jelas untuk memenangi liga, sementara Young Lions akan bertemu Lion City Sailors.




AKSI MINGGU INI



Esok. 5.30 petang



Hougang lwn Tanjong Pagar



Balestier Khalsa lwn Geylang International



Ahad, 5.30 petang



Abirex Niigata (S) lwn Tampines Rovers



Young Lions lwn Lion City Sailors



Rabu, 7.45 malam



Siaran langsung di Singtel TV, StarHub TV Youtube dan Facebook Liga Perdana Singapura




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >