Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Hougang United semakin menyengat

Apr 02, 2021 | 05:30 AM



MUNGKIN musim masih terlalu awal untuk menilai, tetapi Hougang United tahun ini lebih menyengat dan mampu mengatasi tekanan dan memenangi perlawanan dengan pasukan yang dianggap lebih handal.



Musim lalu, pasukan yang bergelar The Cheetahs ini hanya berjaya mengutip empat mata selepas tiga perlawanan, menjaringkan tujuh gol dan melepaskan lima gol dalam tempoh itu.



Tapi kali ini, ia berada di tangga ketiga liga selepas tiga perlawanan dan telah memenangi dua perlawanan terakhir berturut-turut, termasuk kemenangan ke atas kelab glamor Lion City Sailors.



Malah, setelah kemenangan itu, jurulatih Clement Teo berkata tiada kata-kata kegembiraan pemain-pemainnya selepas meraih kemenangan 1-3 di tempat lawan itu.



Beliau turut memuji sikap kerja keras yang ditunjukkan pemainnya, dan keberanian mereka menandingi lawan di padang.



"Mungkin kami bertuah dan bernasib baik dalam beberapa bahagian perlawanan... namun kami berjaya mengecapi kemenangan itu dengan tekad dan kerjasama yang ditunjukkan para pemain. Ia (kemenangan) itu adalah sesuatu yang memang layak kami kecapi," ujar Teo.



Selain Sailors, Geylang International juga telah menerima penangan Hougang musim ini dan dalam perlawanan esok, Tampines Rovers, yang kini menduduki tangga kedua liga dengan kelebihan satu mata ke atas Hougang perlu berwaspada.



Yakni, Hougang yang bakal menjejakkan kaki ke padang esok adalah pasukan berbeza daripada Hougang yang dibelasah Tampines 6-1 dalam perlawanan persahabatan di pramusim.



Namun, langkah pertama bagi Tampines untuk memenangi perlawanan ini adalah untuk mempertingkat persembahan sendiri.



Selepas perlawanan dengan Tanjong Pagar yang dimenanginnya 3-1, jurulatih Gavin Lee akur pasukannya masih perlu bangkit dan mengurangkan kesilapan dalam perlawanan dan memperbaiki permainan.



Satu kelemahan yang boleh memberi kelebihan kepada Hougang adalah benteng pertahanan Tampines yang lebih rapuh musim ini.



Di tahap ini pada musim lalu Tampines masih belum melepaskan sebarang gol selepas tiga perlawanan.



Musim ini, gawang Syazwan Buhari telah dibolosi lima kali.



Kehilangan tunggak pertahanan Amirul Adli, yang kini menyarung jersi Sailors sedikit sebanyak telah melemahkan benteng yang kini diketuai oleh pemain mapan Baihakki Khaizan.



Dalam pada itu, hujung minggu panjang ini juga akan melibatkan tiga lagi perlawanan.



Esok, Sailors akan bertemu Young Lions di Stadium Jalan Besar.



Di atas kertas, perlawanan menentang pemain berusia sekitar 23 tahun ini mungkin terlalu mudah bagi pemain bertaraf profesional yang menyarung jersi Sailors.



Namun bintang-bintang seperti Faris Ramli, Stipe Plazibat dan Amirul hanya perlu berpaling kepada keputusan perlawanan dengan Hougang untuk cepat-cepat bersikap rendah hati dan menumpukan perhatian kepada usaha mengutip semua tiga mata.



Pada Ahad pula, dua pasukan yang masih belum memenangi sebarang perlawanan musim ini akan bersua.



Balestier Khalsa, yang mengikat Albirex 0-0 dalam perlawanan terakhir mempunyai kelebihan psikologi.



Namun Tanjong Pagar, yang masih memburu kemenangan pertama selepas 17 perlawanan (termasuk perlawanan musim lalu) juga 'lapar' dan tidak mudah menyerah kalah.



Di Stadium Jurong East pula, juara bertahan Albirex Niigata akan cuba mengutip semua tiga mata untuk mengekalkan tempat di puncak liga apabila ia bertemu Geylang International.



Geylang pula, wakil negara di Piala AFC tahun ini perlu memperkukuh benteng pertahanan untuk memastikan mereka tidak akan mudah dirobek serangan Albirex yang berbahaya.




JADUAL PERLAWANAN



Esok, 5.30 ptg



Hougang United lwn Tampines Rovers
Singtel TV Sal 112, StarHub TV Sal 201



Young Lions lwn Lion City Sailors
Singtel TV Sal 111, StarHub TV Sal 202 Ahad, 5.30 ptg



Balestier Khalsa lwn Tanjong Pagar United
Singtel TV Sal 111, StarHub TV Sal 201



Albirex Niigata (S) lwn Geylang International
Singtel TV Sal 112, StarHub TV Sal 202



Rabu (7 April), 5.30 ptg



Lion City Sailors lwn Albirex Niigata (S)

Singtel TV Sal 111, StarHub TV Sal 202



Tampines Rovers lwn Young Lions
Singtel TV Sal 112, StarHub TV Sal 201



Tanjong Pagar United lwn Hougang United
Singtel TV Sal 113



Balestier Khalsa lwn Geylang International
StarHub TV Sal 204



*Semua perlawanan juga boleh ditonton secara langsung di saluran YouTube dan Facebook rasmi Liga Perdana Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >