HARAPAN Singapura menganjurkan Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Suzuki di Stadium Negara bulan depan kian cerah selepas konsert bintang Taiwan Jay Chou, yang dijadual pada 8 November ditunda ke 27 Disember.
Langkah ini diharap merangsang penumbuhan rumput di padang hibrid yang masih berpasir dan berpetak-petak sejak ia mula digunakan Jun lalu.