Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Hujung minggu penuhi aksi hebat F1

Sep 21, 2019 | 04:40 PM



HUJUNG minggu ini amat dinantikan peminat perlumbaan Formula 1 dan acara tersebut akan mencapai kemuncaknya esok di litar Marina Bay. 



Perlumbaan F1 Grand Prix Singapura, yang dianjurkan oleh penaja utamanya, Singapore Airlines telah mulai pada Jumaat semalam (21 Sept).



Oleh itu, bandar Singapura juga, turut menjadi arena pertempuran antara beberapa pasukan F1 yang akan menggempakan kawasan Marina Bay dengan sorakan enjin oleh 20 buah kereta perlumbaan F1 yang nyaring dan sekuat jet pejuang.



Semalam (20 Sept) merupakan hari pertama serta hari latihan bagi para pelumba F1, dan peminat F1 boleh melihat pelumba kegemaran mereka seperti juara Gelaran Sedunia Kelima F1, pelumba mewakili Mercedes Lewis Hamilton dan lain-lain lagi seperti Max Verstappen dan Sebastian Vettel berjuang dalam perlumbaan yang diadakan Singapura ini.


Sesi latihan, kelayakan dan perlumbaan esok hari boleh ditontoni dalam siaran langsung yang akan ditayangkan di televisyen.



Pada Sabtu ini, sesi latihan ketiga akan berlangsung pada enam petang hingga tujuh malam dan sesi kelayakan akan berlangsung pada sembilan hingga 10 malam.



Acara ini akan mencapai kemuncaknya pada malam Ahad, (22 Sept) 8.10 malam dalam perlumbaan F1 Singapore Airlines Grand Prix Singapura. 



Selain daripada sesi latihan, kelayakan dan juga perlumbaan, acara ini juga disambut oleh beberapa kumpulan muzik terkenal seperti kumpulan Muse, Red Hot Chilli Peppers dan juga komposer muzik terkenal, Hans Zimmer yang akan menampilkan hiburan dalam Konsert Grand Prix Singapura 2019 pada malam hari Sabtu dan Ahad ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >