GELARAN juara yang diperolehi Institusi Hwa Chong (HCI) dalam Divisyen A kanu lelaki memang mendebarkan selepas mereka mengalahkan Maktab Rendah Nasional (NJC) dengan perbezaan markah yang kecil Khamis lalu.
Selepas 19 perlumbaan di Kolam Air MacRitchie, ia tiba kepada acara akhir - perlumbaan K2-500m - di mana HCI perlu mendapat tempat ketiga dan keenam untuk memenangi kejohanan tersebut secara keseluruhan.