Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ibrahimovic bawa Man U ke suku akhir Piala FA

Feb 20, 2017 | 07:35 AM



LONDON (Reuters) - Penyerang Manchester United, Zlatan Ibrahimovic, masuk sebagai pemain gantian dan menjaringkan gol kemenangan mengalahkan Blackburn Rovers 2-1 pada pusingan kelima Piala FA Ahad (9 Feb).



Rovers, yang berusaha mengelakkan tersingkir ke divisyen tiga bola sepak Inggeris, mendahului pada minit ke-17 menerusi Danny Graham tetapi Marcus Rashford menyamakan kedudukan sebelum rehat.



United, juara 12 Piala FA, menguasai permainan selepas rehat di Ewood Park tetapi terpaksa menunggu sehingga minit ke-75 bagi Ibrahimovic menyumbatkan gol pemenang selepas menyambut hantaran jauh seorang lagi pemain gantian Paul Pogba.



Ia merupakan gol pertama Ibrahimovic dalam Piala FA dan gol-24 dalam semua kejohanan musim ini.



Blackburn menyangka mereka berjaya mendapat gol penyamaan di hujung permainan apabila Anthony Stokes menolak bola ke gawang tetapi tidak disahkan - (Reuters)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >