Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SOROTAN ATLIT

Ikhsan terus temui sasaran

May 24, 2019 | 05:30 AM



RENTAK jaringan Ikhsan Fandi berterusan apabila penyerang Singapura itu sekali lagi menemui sasaran dalam perlawanan ketiganya bersama pasukan divisyen dua Norway, Raufoss IL.



Kelmarin, pemain berusia 20 tahun itu membuka jaringan pada minit ke-33 semasa pasukannya bertemu kelab divisyen ketiga Norway, Fram Lavrik, dalam pusingan kedua, Piala Bola Sepak Norway.



Ikhsan yang memanfaatkan kelekaan jentera pertahanan lawan, berjaya membuat tendangan chip melepasi jangkauan penjaga gawang Fram, untuk Raufoss mendahului permainan.



Namun Fram menyamakan kedudukan pada minit ke-88 dan apabila tiada gol dijaringkan selepas 30 minit masa tambahan, Fram menang 4-3 menerusi tendangan penalti.



Ini selepas Ikhsan dan Anton Henningson gagal jaringkan gol semasa tendangan penalti keempat dan kelima mereka, menurut laporan akhbar The Straits Times.



Meskipun berasa sedih dengan kegagalannya menjaringkan penalti, Ikhsan masih boleh menarik nafas lega sebab berjaya bermain penuh permainan tersebut untuk Raufoss dan meneruskan kemampuannya menjaringkan gol.



Pada 12 Mei lalu, beliau menjaringkan gol pertama kompetetifnya bersama Raufoss menerusi jaringan tendangan bicycle semasa kelab itu menewaskan Skeid, 3-2.



Empat hari kemudian, beliau sekali lagi menjaringkan gol keduanya dengan menanduk masuk bola semasa Raufoss tewas 5-2 di tangan Sandnes Ulf.



Beliau memberitahu akhbar The Straits Times:



"Ini permainan 120 minit saya yang pertama dan saya berasa amat penat.



"Pastinya saya gembira sebab rentak permainan saya yang baik, apatah lagi saya telah bekerja keras dan akan terus berusaha untuk jaringkan gol.



"Saya memang terperanjat dengan dengan jaringan terkini sebabnya ia bukan cara saya jaringkan gol.



"Saya hanya berikan reaksi yang tidak diduga apabila saya lihat para pemain pertahanan hanya menanti dan melihat bola selepas mereka hilang kawalan, dan saya pun terus buat jaringan.



"Bagi penalti itu pula, saya tendang ke kanan, namun penjaga gawang dapat "baca" saya.



"Kami amat kecewa kerana tewas dalam perlawanan itu, namun kami perlu terus beri tumpuan bantu pasukan ini sebaik mungkin dalam liga tersebut."



Ikhsan mula bermain dalam 45 minit pertama semasa pusingan pertama menentang Toten, di mana Raufoss menang 5-2 selepas masa tambahan.



Beliau juga tampil dalam tujuh permainan liga dalam musim ini, semuanya sebagai pemain gantian, dan dua gol liganya dijaringkan sepanjang 127 minit beliau beraksi.



Raufoss kini berada di kedudukan keenam liga dengan 13 mata - dan dalam kedudukan empat pasukan untuk playoff di belakang dua kedudukan teratas yang akan naik ke divisyen pertama secara automatik.



Terdapat 16 pasukan dalam liga itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >