BERITA Harian akan membawakan liputan pertandingan Piala Dunia 2014 Brazil dalam dua media - cetak dan BeritaHarian.sg - sepanjang Piala Dunia bermula esok hingga ke final 14 Julai ini.
Bermula dengan laporan ringkas dan keputusan perlawanan pembukaan antara Brazil dengan Croatia yang akan kami muat naik di BeritaHarian.sg sejurus perlawanan berakhir awal Piala Dunia esok (4 pagi waktu Singapura), kami akan melengkapkannya dengan liputan lebih meluas - dalam bentuk previu, reviu dan komen berserta grafik - dalam akhbar ini pada hari berikutnya.