Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Ilhan Fandi ikuti jejak abang, bapa sertai pasukan nasional

Mar 25, 2021 | 05:30 AM



ILHAN Fandi menjadi putera terkini Fandi Ahmad untuk mendapat panggilan menyertai pasukan nasional Singapura.



Pemain berusia 18 tahun itu, yang sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS), merupakan salah seorang daripada tujuh muka baru untuk beraksi di Padang Geylang kelmarin, dalam sesi latihan pertama jurulatih Tatsuma Yoshida, setahun sejak pandemik koronavirus melanda.



Abang-abang Ilhan, Ikhsan, 21 tahun, dan Irfan, 23 tahun, adalah pemain tetap dalam skuad, meskipun kelibat mereka tidak dilihat di latihan kerana berpangkalan di luar negara.



Penyerang Ikhsan kini di Norway di mana beliau menyarung jersi kelab divisyen pertama Jerv manakala pemain bek tengah Irfan, baru sahaja menjulang kejuaraan liga tertinggi Thai bersama BG Pathum United.



Selain Ilhan, rekrut baru lain dalam skuad seramai 24 pemain itu ialah Fashah Iskandar, Ryhan Stewart, Lionel Tan, Tajeli Selamat, Nur Adam Abdullah dan Saifullah Akbar sedang Yoshida menilai keupayaan pemain tempatan itu daripada tujuh kelab Liga Perdana Singapura (SPL).



Latihan akan berlangsung sehingga Sabtu.



Ilhan, yang menjaringkan satu gol dan melakukan satu 'assist' daripada tiga perlawanan buat Young Lions dalam SPL musim ini, berkata beliau berada dalam kem ketika beliau menerima berita baik itu daripada pengurus pasukan Eric Ong.



Beliau menambah:



"Saya tidak menjangkakannya tetapi ia pastinya perasaan yang baik.



"Ini hanya permulaan buat saya. Saya gembira dapat berlatih dengan pemain senior supaya saya dapat perbaiki pembangunan saya, sebab saya masih muda dan hanya bersyukur atas peluang ini."



Penyertaan Ilhan menyerupai Quah Kim Song, yang pada usia 17 tahun, dipilih berlatih dengan pasukan nasional pada 1969, mengikuti langkah abangnya, Quah Kim Swee dan Quah Kim Lye.



Sepanjang empat dekad, sekurang-kurangnya salah seorang daripada mereka membuat penampilan untuk pasukan Singa, bermula dengan Quah Kim Beng pada 1954, Kim Swee pada tahun 1950-an hingga 19-70an dan Kim Song, yang bermain untuk negara daripada 1968 hingga 1983.



Ilhan memberitahu The Straits Times: "Kededua mereka (abangnya, Ikhsan dan Irfan) sudah menjadi pemain tetap dalam pasukan jadi saya perlu bekerja keras dan cuba dibariskan dalam pasukan.



"Tetapi, itu bukan keutamaan saya buat masa ini. Keutamaan saya adalah untuk hanya bekerja keras dan lihat macam mana nanti."



Satu bahagian yang menyaksikan peningkatan adalah bentuk fizikalnya, setelah desakan Fandi dan Ikhsan.



Sebelum menjalani NS April tahun lalu, Ilhan seberat 62 kilogram dan setinggi 1.78 meter.



Namun, sejak itu, dia naik sembilan kilogram dan kini setinggi 1.82 meter.



Kali terakhir pasukan Singa berkumpul bersama untuk latihan adalah pada Mac tahun lalu sebelum wabak Covid-19 menyebabkan penangguhan perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022.



Pasukan itu dijangka meneruskan kempen mereka Jun ini, ketika baki tiga perlawanan Kumpulan D dimainkan di Arab Saudi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >